Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil Dilantik Sebagai Menteri Komunikasi Digital

MCMC Dan 5 Syarikat Telekomunikasi Bangunkan Perisian Pantau Kandungan ‘Online’ Dilihat Kanak-Kanak

Diterbitkan Mac 13, 2024 · Dikemas kini Mac 13, 2024 oleh ariff bukhari

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini memaklumkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama dengan CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia (TM) dan TIME dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools bagi memantau kandungan dalam talian yang dilihat oleh anak-anak.

Melaluinya, Fahmi berkata ibu bapa boleh menapis, mengehadkan dan menyekat kandungan yang dilihat serta aktiviti anak-anak apabila di dalam dunia maya atau dalam talian.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab pertanyaan mengenai langkah-langkah yang diambil kementerian bagi memastikan anak-anak bawah 15 tahun diharamkan memiliki akaun sosial media, agar mereka tidak mengikuti trend yang tidak baik di platform berkenaan.

Tambahan lagi, program berbentuk pendidikan dan kesedaran terhadap keselamatan siber internet juga akan dipertingkat bagi menangani risiko dan ancaman dalam talian khususnya terhadap kanak-kanak.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
©2026 WISER.MY