Maybank akan menghentikan sokongan untuk beberapa versi lama pelayar web yang digunakan bagi mengakses Maybank2u mulai 7 Januari 2027.
Versi yang terjejas melibatkan Microsoft Edge versi 109 dan ke bawah, Firefox 115 dan ke bawah, Opera 96 dan ke bawah serta Safari 14 dan ke bawah.
Menurut Maybank, pelayar versi lama tidak lagi menerima kemas kini keselamatan dan lebih terdedah kepada risiko seperti kebocoran data, perisian hasad serta akses tanpa kebenaran.
Bagi memastikan akses ke laman web Maybank2u kekal lancar dan selamat, pengguna disarankan mengemas kini pelayar masing-masing kepada sekurang-kurangnya Microsoft Edge 138, Firefox 140, Opera 125 atau Safari 26.

Versi pelayar web boleh disemak melalui bahagian “About” atau “Settings” dalam tetapan pelayar masing-masing. Sekiranya terdapat kemas kini, pasang versi terkini sebelum tarikh tersebut.
Bagaimanapun, jika tidak dapat mengemas kini pelayar web, pengguna boleh melakukan transaksi melalui aplikasi MAE.
