Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis Mobile Identity

Maxis Perkenal ‘Mobile Identity’, Tangani Isu Penipuan Bermula Dengan API Pengesahan Nombor

Diterbitkan Januari 6, 2025 · Dikemas kini Januari 6, 2025 oleh ariff bukhari

Maxis telah mempamerkan penyelesaian yang dikenali sebagai Mobile Identity Maxis dalam menyampaikan pengalaman pengesahan yang lancar, selamat dan dipermudahkan bagi pengguna mudah alih.

Maxis Mobile Identity menawarkan API pengesahan lanjutan (Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi), bermula dengan API Pengesahan Nombor.

API Pengesahan Nombor ini mengesahkan peranti mudah alih dengan memperakui bahawa nombor telefon yang diberikan sepadan dengan nombor yang digunakan pada peranti tersebut berdasarkan data telekomunikasi masa nyata.

Ini memastikan pengalaman pengguna yang dipermudahkan daripada onboarding aplikasi kepada penetapan semula kata laluan dan log masuk, dengan menggantikan kata laluan sekali guna (OTP) atau kod kebenaran transaksi (TAC) berasaskan SMS.

Penyelesaian memudahkan pengalaman pengguna dengan membolehkan pengesahan lancar dan selamat pada platform digital terhadap data telekomunikasi masa nyata.

Penyelesaian ini juga meningkatkan keselamatan dengan menghapuskan pendedahan pelanggan kepada penipuan melalui kaedah SMS dalam pengesahan transaksi.

Kelebihan ini bersesuaian untuk pelanggan penyedia perkhidmatan kewangan seperti bank, dan platform e-dagang sebagai usaha mengurangkan risiko penipuan.

API Telco ini akan membuka peluang yang lebih besar untuk perniagaan dan industri untuk menyampaikan pengalaman digital yang selamat dan lancar.

Untuk maklumat lanjut tentang Mobile Identity Maxis, layari – https://www.business.maxis.com.my/en/digital-services/mobile-identity/

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Bayar Saman Anda Dengan Diskaun Di Aplikasi MyJPJ Bermula Hari Ini
  • Apple Malaysia Tawar AirPods 4 Edisi Istimewa Berharga RM829

Sumber: Siaran media Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY