Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxis

Maxis Membentuk Perikatan 5G Terbesar Di Malaysia

Posted on Jun 16, 2022

Demi mempercepatkan penemuan teknologi dan penyelesaian perusahaan IoT serta komited untuk memainkan peranan penting dalam menyokong cita-cita digital negara, Maxis memaklumkan bahawa mereka telah membentuk perikatan 5G terbesar di Malaysia.

Perikatan ini adalah terdiri daripada rakan kongsi teknologi dan industri global dan tempatan, innovator dan pelanggan rumah api dari pelbagai industri.

5G Alliance Maxis bermula dengan 16 ahli. Antaranya Advantech, Amdocs, CrescoNet (dahulunya syarikat kumpulan Intellihub), Cisco, Google Cloud, GSMA (Komuniti Industry 5G APAC), Huawei, LLVision, Microsoft, MIMOS, Motorola Solutions, NEC, Omron, Realwear, SAS dan Vodafone.

Melalui rakan kongsi berbilang kepakaran, pelanggan dapat meraih pelbagai manfaataat daripada rangkaian ini.

Sebagai contoh, MIMOS akan menyediakan akses kepada Hab Inovasi 5G dan AI untuk membangunkan dan menguji kes penggunaan,

Manakala Maxis akan menyediakan perjalanan pengalaman dengan mempamerkan kes penggunaan di Pusat Inovasi Perniagaan Maxis (MBIC) bertaraf dunia yang baru dilancarkan.

Semua penyelesaian dan kes penggunaan ini akan dikuasakan oleh Maxis Programmable Network, sebuah rangkaian maju program perisisan diiktiraf di Malaysia.

Malah Maxis juga akan menyediakan rangkaian luas penyelesaian ICT tertumpunya yang memenuhi spektrum penuh keperluan perniagaan yang disokong sepenuhnya dengan kepakaran yang betul melalui perkhidmatan Profesional & Terurus.

Sumber: Media Maxis

Baca juga:

  • Xiaomi Tawar Diskaun Sehingga RM500 Sempena Raya Bermula 22 April
  • Ini Produk HUAWEI Yang Ada Promosi Di Lazada Pada 21 April
  • Garmin Malaysia Tawar Promosi Raya Serendah RM699 Bermula 15 April

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress