Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Matikan Segera Tetapan Ini, Tanpa Sedar Pengguna Android Dedah Privasi Mereka Sendiri

Posted on November 16, 2022

Di dalam tetapan telefon pintar Android terdapat pelbagai pilihan tetapan yang bertujuan bagi melindungi privasi penggunanya.

Walaubagaimanapun, mungkin ramai pengguna Android tidak sedar akan kewujudan tetapan tersebut mengakibatkan privasi mereka terdedah.

Salah satu tetapan privasi yang dimaksudkan di sini adalah “Location History“.

Location History ialah tetapan peringkat Akaun Google yang menyimpan setiap tempat yang anda kunjungi.

Apabila ciri Location History dihidupkan, anda mungkin akan melihat beberapa manfaat pada pelbagai produk dan perkhidmatan Google, termasuk peta yang diperibadikan, syor berdasarkan tempat yang dikunjungi, bantuan untuk mencari telefon anda, kemas kini lalu lintas pada masa nyata tentang perjalanan ulang-alik anda dan paparan iklan yang lebih berguna.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang mahukan lebih privasi, anda boleh mematikannya menerusi Settings > Security and privacy > Privacy > Other privacy settings > Google Location History.

Atau anda boleh semak tetapan ciri ini dengan buat carian Google Location History di dalam Settings telefon pintar Android anda.

Google menjelaskan, apabila ciri ini dimatikan, lokasi peranti anda tidak akan disimpan secara automatik pada Location History peranti anda.

{suggest}

Walaubagaimanapun, aktiviti sebelumnya tetap tidak dipadamkan daripada Location History anda. Tetapan untuk perkhidmatan lokasi lain pada peranti seperti Google Location Services, Location Sharing, dan Find My Device juga adalah masih tidak berubah.

Malah sesetengah data lokasi mungkin masih terus disimpan dalam tetapan lain seperti di dalam tetapan Web & App Activity sebagai sebahagian daripada penggunaan perkhidmatan lain seperti Search dan Maps, walaupun selepas Location History dimatikan.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Google disaman lebih RM1.7 bilion kerana pengguna Android terpedaya dengan memikirkan melumpuhkan “Location History” dalam tetapan peranti akan mematikan ciri penjejakan lokasi.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress