Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
matahari bumi

Matahari Akan Berada Pada Kedudukan Paling Jauh Ke Utara Dari Khatulistiwa Bermula Selasa Ini, Berikut Penjelasan Saintifiknya

Diterbitkan Jun 17, 2022 · Dikemas kini Jun 20, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kemas Kini 20/6/22 : Lanjutan pemilihan tajuk artikel yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembaca, berikut kenyataan rasmi menerusi pihak Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

“Kedudukan terbit dan terbenam Matahari memang akan berubah-ubah dan tidak tetap pada satu tempat yang sama sahaja sepanjang tahun. Perubahan kedudukan Matahari berlaku disebabkan kecondongan paksi putaran Bumi sebanyak 23.5 darjah berbanding satah orbit Bumi mengelilingi Matahari.
Pada 21 Jun 2022, Matahari akan berada pada kedudukan paling jauh ke utara dari Khatulistiwa iaitu di atas Garisan Sartan (23.5º Utara) pada jam 17:13 waktu Malaysia. ???????? ?????? ?? ??????? ?????? ????? ????????? ???????? ?????? ???? ???? ?????, ?????? “?????? ?? ????????? ??.?º ????? ???? ??????? ????????????”.
Struktur Bumi dibahagikan kepada Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan yang dibatasi oleh Garisan Khatulistiwa. Garisan Khatulistiwa (0°) merupakan latitud yang terpanjang dan dilukis mengelilingi bahagian tengah Bumi. Garisan Sartan di Hemisfera Utara berada di latitud 23.5º Utara dari Garisan Khatulistiwa manakala Garisan Jadi berada di latitud 23.5º Selatan dari Garisan Khatulistiwa seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.
Semasa Solstis Jun ini, ia menandakan bermulanya musim panas di Hemisfera Utara dan bermulanya musim sejuk di Hemisfera Selatan. Waktu siang menjadi lebih panjang dan waktu malam menjadi lebih pendek di Hemisfera Utara sementara waktu siang menjadi lebih pendek dan waktu malam menjadi lebih panjang di Hemisfera Selatan.
Ketika Ekuinoks Mac dan September pula, Matahari berada tepat di atas Khatulistiwa dan akan terbit tepat di timur dan terbenam tepat di barat. Ketika Ekuinoks Mac, ia menandakan bermulanya musim bunga di hemisfera utara dan bermulanya musim luruh di hemisfera selatan manakala ketika Ekuinoks September, ia menandakan bermulanya musim luruh di hemisfera utara dan bermulanya musim bunga di hemisfera selatan.
Ketika Solstis pada 22 Disember jam 05.48 waktu Malaysia, Matahari berada di kedudukan paling jauh ke selatan dari Khatulistiwa iaitu di atas Garisan Jadi (23.5o Selatan). Ia menandakan bermulanya musim sejuk di hemisfera utara dan bermulanya musim panas di hemisfera selatan. Rajah 1 dan 2 menunjukkan kedudukan Matahari pada waktu tengah hari yang berubah-ubah seiring dengan perubahan musim.”

*Artikel asal

Sebelum ini pernah tular satu video dari Indonesia yang memaparkan fenomena alam di mana matahari dilihat terbit dari arah utara, bukan timur seperti lazimnya.

Fenomena yang berlaku pada 17 Jun tahun lalu dirakam di Jeneponto, Indonesia pada jam 8 pagi.

Andi Pengerang dari Pussainsa (Pusat Sains Antariksa) LAPAN, Indonesia berkata spekulasi dalam video itu terlalu berlebihan sehingga mengaitkannya dengan kiamat, lapor Kompas.

Penyelidik dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Madya Dr. Roslan Umar berkata perkara ini sebenarnya adalah fenomena alam yang biasa kerana pergerakan matahari berubah setiap bulan.

Jelasnya lagi, matahari kelihatan terbit dan terbenam masing-masing tepat di ufuk timur dan barat hanya pada bulan Mac dan September.

Menurut Balai Cerap Selangor, lokasi matahari tidak statik pada satu tempat yang sama sepanjang tahun dan tidak semestinya ia terbit tepat dari arah timur selepas waktu subuh.

Contohnya, anda boleh lihat kedudukan matahari terbit sepanjang tahun di Amman, Jordan di bawah yang diambil oleh Zaid M. Al-Abbadi.

Matahari Akan Berada Pada Kedudukan Paling Jauh Ke Utara Dari Khatulistiwa Bermula Selasa Ini, Berikut Penjelasan Saintifiknya
Sumber: Balai Cerap Selangor

Kejadian semula jadi ini berlaku disebabkan oleh kecondongan paksi bumi sebanyak 23.5 darjah ketika mengelilingi matahari.

Dalam kejadian seperti di atas, matahari akan berada pada kedudukan paling jauh ke utara dari khatulistiwa.

Fenomena ini sebenarnya memang dapat disaksikan di banyak kawasan di Indonesia terutamanya yang berada di garisan Khatulistiwa dan ia akan berlaku setiap tahun dalam bulan Jun (Solstis Jun) di mana matahari akan berada betul-betul di atas Garisan Sartan untuk tempoh selama satu hari.

kalendar astromi jun mysa

Perkara yang sama turut akan berlaku dalam bulan ini di mana Agensi Angkasa Malaysa (MYSA) juga telah memberitahu di laman web mereka bahawa Solstis Jun akan bermula jam 5:31 PM 21 Jun 2022 iaitu pada Selasa depan.

Jelas MYSA, “Matahari akan berada pada kedudukan paling jauh ke utara dari khatulistiwa iaitu di atas Garisan Sartan (23.5º Utara) pada jam 17:13.”

Ia menandakan bermulanya musim panas di Hemisfera Utara dan bermulanya musim sejuk di Hemisfera Selatan. Waktu siang menjadi lebih panjang dan waktu malam menjadi lebih pendek di Hemisfera Utara sementara waktu siang menjadi lebih pendek dan waktu malam menjadi lebih panjang di Hemisfera Selatan.

Ini juga tidak bermakna kiblat umat Islam berubah kerana kiblat kita ialah Kaabah, bukannya matahari. Selama ini, dalam beberapa situasi kita menjadikan matahari sebagai petunjuk kerana ada waktu ia berada betul-betul selari dengan Kaabah.

Baca juga:

  • China Sedang Bina Empangan Setinggi 180 Meter Tanpa Guna Tenaga Manusia
  • Matahari Akan Betul-Betul Berada Di Atas Garisan Sartan Selasa Depan
  • Ini Gambar Permukaan Matahari Pada Resolusi Tinggi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY