Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Suar suria

Matahari Melepaskan Suar Suria Gergasi Paling Kuat Dalam Tempoh 5 Tahun

Diterbitkan April 28, 2022 · Dikemas kini April 28, 2022 oleh Firdaus

Matahari merupakan pusat sistem suria yang kita duduki ini. Pada Rabu yang lalu, matahari telah melepaskan suar suria gergasi dan ia mempunyai kapasiti untuk mengganggu sistem komunikasi satelit global.

Suar suria merupakan satu letupan amat besar yang berlaku di permukaan matahari. Fenomena ini sangat menggerunkan kerana purata setiap letupan mempunyai kuasa letupan berbilion kali ganda daripada bom nuklear.

Observatori Negara Langkawi Kesan 5 Tompok Matahari Besar

Suar suria pada kali ini dikelaskan sebagai Kelas X2.2 dan ia berlaku pada 11.57 pagi hari tersebut. Letupan yang berlaku pada Rabu lalu dikelaskan sebagai Kelas X.

Kelas X merupakan gred yang diberi kepada suar suria yang paling kuat letupannya manakala nombor dibelakangnya pula mewakili kuasa letupan suar tersebut.

Saintis menjangkakan gangguan ionosfera yang sangat berimpak di India, Asia Tenggara dan kawasan Asia-Pasifik. Kemungkinan akan berlaku pemadaman komunikasi, anomali satelit dan GPS tidak berfungsi.

Untuk maklumat anda, Nasa mengelaskan suar suria dengan kelas A, B, C, M dan X adalah yang paling kuat manakala A adalah suar yang teringan. Tambahan lagi, pengelasan ini serupa dengan skala Richter untuk gempa bumi.

Oleh itu, setiap huruf dalam pengelasan suar suria ini menunjukkan pengeluaran tenaga 10 kali ganda daripada kelas sebelumnya. Sebagai contoh, kelas X mempunyai tenaga 10 kali ganda daripada letupan kelas M dan 100 kali ganda daripada kelas C.

Sumber: HT Tech, independent 

Baca juga:

  • Kenali Apa Itu Ribut Suria, Fenomena Alam Yang Ramai Tak Tahu
  • Selamat Hari Bumi – Ini 10 Fakta Menarik Tentang Planet Kita
  • India Catat Suhu Purata Tertinggi Dalam 122 Tahun, Mungkin Panas Sehingga Mei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY