Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
suar suria

NASA Kesan Kemunculan Kumpulan Tompok Matahari Besar Dan Sangat Aktif

Diterbitkan April 19, 2022 · Dikemas kini April 19, 2022 oleh ariff bukhari

NASA Solar Dynamics Observatory (SDO), telah mengesan kumpulan Tompok Matahari yang besar dan sangat aktif iaitu AR2994 yang muncul di permukaan Matahari (bahagian timur laut) pada 17 April 2022.

Tompok matahari ini didapati menghasilkan suar suria kelas X1.1 pada jam 03:34 UTC.

Berdasarkan data daripada National Oceanic And Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan bahawa suar suria kelas X1.1 itu telah menghamburkan jisim korona (CME) ke angkasa.

Walaubagaimanapun letusan itu dijangka tidak akan memberikan kesan kepada Bumi.

suar suria

Ekoran itu, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan pihak mereka kini juga sedang giat menjalankan pemantauan terhadap perubahan aktiviti matahari tersebut.

Pemantauan itu dilakukan bagi mengumpul data dan imej matahari yang dilakukan di Observatori Negara Langkawi (ONL) dengan menggunakan sistem teleskop optik.

Bagi pengesanan suar suria dalam julat frekuensi radio 45 hingga 870 MHz pula dibuat melalui instrumentasi yang dinamakan Compound Astronomical Low frequency Low cost Instrument for Spectroscopy and Transportable Observatory (CALLISTO) di Kompleks Teknologi Angkasa (KTA), Banting.

Manakala bagi mengesan perubahan medan magnet Bumi pula dibuat melalui instrumentasi magnetometer di bawah seliaan MYSA iaitu Magnetic Data Acquisition System (MAGDAS).

Menurut NOAA, aktiviti solar diramal akan begitu aktif pada minggu-minggu akan datang.

ribut solar

Sumber: MYSA, met.gov.my,  NOAA

Baca juga:

  • Sering Bikin Bimbang, Penunggang e-Skuter Akan Dikenakan Undang-Undang Lebih Ketat
  • Peniaga Shopee Akan Dikenakan Caj Untuk Barang ‘Return/Refund’ Mulai Bulan Depan
  • mySalam Atau PeKa B40? Ketahui Mana Sesuai Untuk Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY