Penambahbaikan diberikan pada peranti merangkumi isu yang berkaitan dengan kegagalan paparan berfungsi dengan normal selepas lapisan perlindungan dicabut, perlindungan kepada habuk yang lebih baik serta penutup bagi melindungi sendi (hinge) pada bahagian atas dan bawah.
Samsung juga dikatakan menambah lapisan logam pada bawah paparan bertujuan untuk mengukuhkan serta mengurangkan jarak antara sendi dan badan peranti tersebut. Pengeluar juga mengesahkan bahawa harga jualan peranti ini akan kekal sama seperti sebelumnya.
Sebelum ini, Samsung Malaysia menjadualkan tarikh 3 Mei 2019 untuk pelancaran Galaxy Fold bagi pasaran tempatan tetapi berikutan isu yang timbul ia telah ditunda. Mungkinkah penawaran untuk Malaysia akan dibuat sekitar September juga ataupun tidak, sama-sama kita nantikan pengumuman.
Sumber: Samsung
Berkaitan
- Samsung Mungkin Akan Tawarkan Siri Galaxy Note Yang Lebih Mampu Milik
- Samsung Perkenal Sensor Imej Terkecil, Disasarkan Untuk Peranti Pertengahan
- Sistem Imbasan Wajah Galaxy S9 Mungkin Boleh Tewaskan Face ID
- Inilah Kos Untuk Menghasilkan Samsung Galaxy S8
- Ciri DeX Pada Samsung Galaxy Note 9 Lebih Baik Dari Keluaran Lepas
- Ini Mungkin Spesifikasi Penuh Galaxy Note 20 Ultra
- Shopee Dan Samsung Bakal Adakan Promosi Dengan Diskaun Sehingga 45%
- Samsung Perkenal Sero, TV Dengan Paparan Menegak
- Telefon Pintar Lipat Samsung Akan Guna Nama Galaxy Bloom
- Samsung Galaxy Note 8 Sah Akan Dijual Pada Harga RM3999