Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“1STGOEV” – up to 70% savings

Masa Yang Tepat Untuk Cuba Kereta EV, GoCar Tawar Diskaun 70% Bermula Minggu Depan

Diterbitkan Disember 9, 2022 oleh Aziah Zulkifli

GoCar telah menerima sehingga 1,000 orang pengguna yang menggunakan servis kereta berkuasakan elektrik mereka sejak Disember 2021.

Berkaitan

  • Apple Rancang Lancar Macbook Dengan Paparan 20 Inci Dan Boleh Lipat
  • Xiaomi Mahu Keluarkan 10 Juta Unit Kereta Elektrik Setahun Untuk Jadi 'Top 5'
  • Pelancaran Siri Xiaomi 13 Di China Dijadual Semula Pada 11 Disember
  • 'Scalpers' Nak Jual GPU Tiada Pembeli, Nak Pulangkan Tiada 'Refund'
  • Semua Peranti Wiko Dijual Pada Harga Lebih Rendah Untuk Shopee 12.12

Sebanyak 90% daripada mereka baru pertama kali menggunakannya. Malah, program GoEV ini telah mencatatkan sejauh 500,000 km jumlah jarak sepanjang penggunaan kereta tersebut.

GoEV_GoCar CEO Wong Hoe Mun

Sempena ulang tahun program itu yang pertama, GoCar telah menawarkan penjimatan sebanyak 70%.

Tawarkan ini khas untuk pengguna yang ingin menempah perkongsian kereta GoEV dengan kod promosi “1STGOEV“.

Promosi ini merupakan tawaran terhad dan hanya sah untuk mana-mana tempahan di antara 12 sehingga 15 Disember 2022.

Namun, pengguna boleh menebus promosi ini sehingga 31 Januari 2023 berdasarkan pelan pelancongan mereka.

GoCar juga akan menghadiahkan 100,000 GoPocket Points, bernilai sehingga RM1,000 kepada 10 pengguna bertuah.

GoEV Share kini hanya tersedia untuk perjalanan pergi balik di zon kawasan yang sama dan penggunaan jangka masa pendek.

Harga biasa dimulakan dari RM24.90 setiap jam, RM249 sehari kepada RM232 sehari untuk penempahan bulanan.

Setiap kenderaan GoEV akan menerima kad chargEV yang akan memberi akses kepada 300 stesen pengecasan di seluruh negeri. Pengecasan di zon GoEV akan dicaj secara percuma sahaja untuk semua pengguna.

GoEV zone_2

Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh sahaja melawat laman media sosial GoCar Malaysia serta laman sesawang rasmi mereka.

Sumber: Siaran Akhbar GoEV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY