Mark Zuckerberg Sahkan Facebook Sedang Membina Teknologi Membaca Minda

Facebook sedang membangunkan teknologi untuk membolehkan pengguna berkomunikasi dengan hanya menggunakan pemikiran mereka. Syarikat itu mendedahkan satu unit rahsia di ibu pejabat California Facebook telah bereksperimen dengan teknologi membaca minda untuk beberapa bulan ini.

Mark Zuckerberg, pengasas Facebook, sebelum ini membayangkan telepati sebagai "teknologi komunikasi utama" di masa hadapan.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=uEuLBNg9xxk[/embed]

Pada persidangan F8 yang lalu, Regina Dugan, ketua teknologi eksperimen bahagian syarikat Building 8, berkata Facebook sedang menjalankan percubaan "sistem optik neuro-pengimejan" yang akan membolehkan pengguna untuk menaip  dengan hanya membayangkannya di dalam kepala otak. Gila betul.

Regina juga pengguna dapat menulis dengan tekonologi 'mind reader' pada 100 perkataan seminit, mungkin lebih pantas untuk telefon pintar. "Ianya kedengaran mustahil untuk dilakukan tetapi ia semakin hampir" tambahnya lagi.

Tetapi pada pengamatan kami, cita-cita rangkaian sosial terbesar dunia itu masih tidak jelas, bagi kami it's technically impossible untuk membaca minda setiap manusia. Kita tunggu dan lihat sajalah.

Apa pendapat korang?

Sumber