Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Video Facebook Akan Mengandungi Iklan Selepas 20 Saat

Video Facebook Akan Mengandungi Iklan Selepas 20 Saat

Diterbitkan Januari 10, 2017 · Dikemas kini Januari 10, 2017 oleh Haikel Areff

CEO Facebook Mark Zuckerberg telah mengumumkan mereka akan menambah iklan di dalam setiap video yang di kirimkan oleh pengguna. Selepas ini anda akan dihidangkan dengan iklan selepas 20 saat video dimainkan. Ini bermakna anda terpaksa berhenti menonton isi kandung video dengan paparan iklan di pertengahan video. Namun, mengikut khabar angin, tayangan iklan tersebut hanyalah untuk video yang lebih dari 90 saat.

Berbeza dengan iklan di Youtube, pengguna dapat ‘SKIP’ terus ke video sebenar selepas beberapa saat iklan ditayangkan di permulaan video. Facebook dilaporkan telah menggunakan ciri baru ini di ‘Live Video’ untuk beberapa personaliti terkenal sebagai percubaan. Tetapi tidak mengejutkan jika Facebook akan mula meluaskan ciri iklan baru ini kesemua negara dalam masa terdekat ini.

Facebook juga dilaporkan akan berkongsi 45% hasil keuntungan dan pendapatan dari pengiklanan dengan syarikat penerbitan dan sebagainya. Pengguna Facebook ketika ini dikatakan menonton 100 juta jam video sehari. Wow. Patutlah Mark Zuckerberg beriya-riya sangat nak tambah iklan ke dalam video di Facebook.

Sumber:Recode.net, The Verge, Engadget

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY