Pengalaman Guna vivo X100 Pro Sebagai Kamera Utama Semasa ‘Travel’

Teknologi memang cukup berkembang dengan pantas, siapa sangka yang masa kini ramai menjadikan telefon pintar sebagai kamera utama tidak kira apa situasi sekali pun.

Malah, kebanyakan jurugambar masa kini pun kadangkala lakukan ‘mobile photography’ juga. Bukan setakat ia mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja tetapi kemampuan kamera dalam telefon pintar juga makin hari makin baik.

Antara telefon yang hadir dengan kamera baik pada tahun ini ialah vivo X100 Pro. Disebabkan ini, saya pun mencubanya untuk jadikan “DSLR mudah alih” atau “pocket DSLR” semasa mengembara ke Xiamen, China.

Jangan risau, artikel ini tidak akan mengambil masa yang lama memandangkan ia akan lebih dipenuhi dengan gambar. Secara tak langsung, bolehlah anda cuci mata.

Gambar Siang


Gambar siang pada vivo X100 Pro memang boleh dikatakan antara yang terbaik buat masa sekarang. Setakat yang saya cuba, lensa telefoto padanya kali ini memang benar-benar lain berbanding model sebelumnya.

Saya rasa, langkah vivo untuk memfokuskan telefoto adalah strategi yang betul. Ini kerana bagi saya dengan kehadiran lensa pelbagai jarak fokus, ia memberikan idea saya dapat dikembangkan lagi ketika mengambil gambar.



Tambahan lagi, kebanyakan jurugambar yang saya tanya termasuk ahli wiser.MY, iaitu Afiq, beliau juga berpendapat bahawa lensa telefoto amat penting kerana secara tidak langsung kita dapat banyak perspektif.



Mungkin anda akan nampak beberapa gambar yang saya ambil warnanya tidak sama. Hal ini disebabkan saya bertukar-tukar filter ketika mengambil gambar dan ia berbeza mengikut situasi termasuk gambar potret.



Selain itu, pada mod gambar biasa juga, boleh pilih sama ada mahukan warna vivid, textured atau ZEISS natural (warna sedikit flat atau pudar).

Bagi saya, ketiga-tiga warna tersebut cantik tetapi kena pandai menilai mengikut situasi atau apa yang ingin disampaikan.



Namun, sayang sekali, cuaca semasa saya berada di Xiamen agak kurang memberangsangkan. Hampir kebanyakan masa berkabus. Disebabkan itu, sukar untuk saya mendapatkan gambar yang jelas apabila zum subjek yang jauh.

Malah, saya cuba untuk mengambil gambar matahari terbenam (sunset) pun sukar disebabkan cuaca. Ada sempat mengambil gambar tersebut tetapi tidak seperti yang saya harapkan.



Apa-apa pun, ia memang cukup baik bagi sesebuah telefon pintar.

Gambar Swafoto


Gambar swafotonya sebenarnya cantik dan tona warna kulit pun agak semula jadi. Namun, terlebih dahulu pastikan mana-mana tetapan atau filter yang mencantikkan lagi wajah anda sekiranya tidak mahu nampak terlalu fake.

Sekiranya anda buat dengan betul, pencahayaan yang baik, gambar swafoto tidak kira siang atau malam memang cantik.


Gambar Malam


Di sini, saiz sensor amat memainkan peranan yang besar. Ini kerana saiz sensor besar mampu memberikan hasil gambar malam atau kurang cahaya lebih cantik.

Disebabkan itu juga, banyak jenama lain tetap memfokuskan saiz sensor yang besar berbanding megapiksel yang tinggi.



Jika saiz sensor besar ditambah pula dengan post processing, ia akan menjadikan gambar malam tersebut lebih menawan.



Malah, kamera ZEISS pada vivo lebih terserlah apabila mengambil gambar potret kerana boleh memilih beberapa jenis bokeh yang anda minat.



Seperkara lagi, jangan takut untuk bermain-main dengan filter terbina yang khas untuk gambar malam ini. Ia membuatkan gambar malam anda sudah siap disunting dah bersedia untuk dimuat naik ke media sosial.

{suggest}

Kesimpulan


Apa yang saya boleh katakan, setakat yang saya cuba sehingga sekarang, telefon vivo X100 Pro betul-betul membuat saya kagum. Sebelum ini, sudah banyak telefon yang saya uji dan peranti ini amat baik dari segi hasil gambarnya.

Lensa zum telefoto daripada vivo kali ini memang benar-benar membuatkan Samsung akan terasa tercabar. Jujur, saya memang selesa dan berpuas hati dengan telefoto vivo X100 Pro. Kualiti yang diberikan tidak mengecewakan. Lebih-lebih lagi lensanya yang hadir dengan banyak jarak fokus, memudahkan lagi untuk saya mencari idea untuk point and shoot.

Tambahan lagi, gambar potretnya juga mampu membuatkan rakan anda terkejut. Bukan itu sahaja, sensor 1 inci, cip V3 dan T*Coating benar-benar melengkapkan pengalaman mengambil gambar.

Dengan kesemua ciri kamera tersebut, ia memang memudahkan saya dan juga anda ketika mengembara (travel) ke mana-mana negara.

Telefon ini tidaklah sempurna tetapi apa yang saya boleh cakap, pada harga bawah RM5000, vivo X100 Pro amat sesuai buat anda yang gemar fotografi mudah alih walaupun tidak mempunyai kemahiran yang tinggi.

Beli siri vivo X100 di:

Shopee - https://invl.io/cljqrab

Lazada - https://invol.co/cljqrah