Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SCEWC 2024

Malaysia Negara Asia Tenggara Pertama Jadi Tuan Rumah Ekspo Bandar Pintar 2025

Diterbitkan November 6, 2024 oleh ariff bukhari

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), bersama Digital Nasional Berhad (DNB) dan MyDIGITAL Corporation, melancarkan Malaysia Pavilion yang sedang berlangsung di Smart City Expo World Congress (SCEWC) 2024 di Barcelona, Sepanyol.

Penyertaan Malaysia ini sebagai bukti komitmen negara dalam pembangunan bandar pintar.

Malaysia Pavilion, dirasmikan oleh Menteri Digital Malaysia, Gobind Singh Deo, yang mempamerkan inovasi digital oleh 11 organisasi Malaysia dan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam transformasi bandar.

SCEWC 2024 Gobind singh

Antara organisasi yang dibawa menyertai SCEWC 2024 ini adalah seperti Aerodyne Group, Telekom Malaysia (TM), Perbadanan Putrajaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, (MPAJ) dan Malaysia Smart City Alliance.

SCEWC 2024 menyediakan platform untuk Malaysia mempromosikan teknologi bandar pintar seperti 5G, AI, dan IoT yang meningkatkan kualiti hidup bandar.

Malah dalam satu kenyataan bersama, MDEC turut mengumumkan bahawa Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menjadi tuan rumah Smart City Expo Kuala Lumpur (SCEKL 2025) pada September 2025, seiring peranannya sebagai Pengerusi ASEAN.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Huawei Dilaporkan Cuba 'Menggoda' Jurutera TSMC Dengan Gaji Yang Tinggi, Tapi Gagal Atas 2 Faktor
  • Tempahan Dalam Talian Untuk BYD Sealion 7 Dibuka, Hanya RM1,000

Sumber: Siaran media MDEC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY