Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Negara Kedua Di Asia Tenggara Dalam Indeks Kesediaan Teknologi AI

Malaysia Negara Kedua Di Asia Tenggara Dalam Indeks Kesediaan Teknologi AI

Diterbitkan Mei 14, 2024 ยท Dikemas kini Mei 14, 2024 oleh ariff bukhari

Usaha berterusan Kerajaan dalam pembangunan dan pengaplikasian teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di dalam negara telah meletakkan negara sebagai negara kedua di rantau Asia Tenggara dari segi kesediaan dalam teknologi AI dengan skor 68.71.

Malah Malaysia juga adalah antara negara yang teratas dengan kedudukan ke-23 di dunia kesediaan dalam teknologi AI.

Antara usaha pemerkasaan AI oleh Kerajaan adalah dengan rancangan penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan mewujudkan laman sesawang khas AI Untuk Rakyat iaitu program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk tingkatkan kesedaran orang ramai tentang AI.

Negara jiran, Singapura pula muncul sebagai sebuah negara yang paling bersedia menghadapi teknologi AI di Asia Tenggara dan tempat kedua terbaik di dunia pada tahun 2023.
Amerika Syarikat menduduki tempat pertama dari segi kesediaan dalam teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dengan skor keseluruhan 84.80, yang merangkumi 3 faktor iaitu Kerajaan, Sektor Teknologi, dan Data & Infrastruktur.
Indeks ketersediaan AI 2023
Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Terbaru

  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
©2026 WISER.MY