Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jerebu malaysia

Malaysia Mungkin Berdepan Fenomena Jerebu Dalam Tempoh Monsun Barat Daya Yang Bermula 14 Mei Ini

Diterbitkan Mei 11, 2022 ยท Dikemas kini Mei 11, 2022 oleh ariff bukhari

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 14 Mei 2022 dan ia akan berterusan sehingga pertengahan September 2022.

Menerusi kenyataan media rasmi mereka, MET Malaysia menyatakan pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini adalah kurang.

Ini kerana lazimnya dalam tempoh monsun ini, angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil.

Ekoran itu, diramalkan kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain.

Malah dalam tempoh Monsun Barat Daya ini juga, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya aktiviti pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya di dalam bulan Ogos hingga Oktober.

Sehubungan itu, MET Malaysia menasihatkan pembakaran terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar.

Orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini bagi mengelakkan pembaziran.

Sungguhpun begitu, MET Malaysia menjangkakan hujan lebat berserta angin kencang dan petir masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah di sebelah awal pagi berikutan fenomena garis badai.

Garis badai adalah garisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

Orang ramai boleh mendapatkan info cuaca terkini melalui laman sesawang RakanMET atau aplikasi mudah alih RakanMET, media sosial dan Hotline Jabatan Meteorologi Malaysiad di talian 1-300-22-1638.

Sumber: met.gov.my

Baca juga:

  • METMalaysia Lancarkan Aplikasi Cuaca Mudah Alih Baharu
  • Dron DJI Mini 3 Pro Dilancarkan, Mampu Diterbangkan Selama Lebih Daripada 40 Minit
  • Cara Untuk Pantau Dan Kawal Anak Menggunakan TikTok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY