DJI Mini 3 Pro ini merupakan dron kamera ringan dan mudah alih yang paling berkuasa pernah DJI hasilkan.
DJI Mini 3 Pro mampu menangkap imej sehingga 48MP dan merakam video 4K/60fps dengan dilengkapi ciri ActiveTrack, penderiaan halangan tiga arah dan putaran gimbal 90°. Sekaligus merakam pengimejan menegak berkualiti tinggi untuk media sosial.
DJI juga memanjangkan hayat bateri yang membolehkan dron terbaru ini diterbangkan lebih lama iaitu sehingga 34 minit dengan sekali cas.
Tetapi tidak terhad setakat itu, DJI perkenalkan bateri terbaru yang dikenali sebagai Bateri Penerbangan Pintar Plus pada Mini 3 Pro yang membolehkan masa penerbangan maksimum sehingga 47 minit,
Sempena dengan pelancaran DJI Mini 3 Pro, DJI juga turut memperkenalkan alat kawalan jauh baharu iaitu DJI RC.
DJI RC merupakan sebuah alat kawalan jauh ringan yang dilengkapi dengan skrin sentuh terbina dalam bersaiz 5.5 inci.
Dengan DJI RC, pengguna tidak perlu lagi menjadikan telefon pintar mereka sebagai pengawal dron mereka.
Harga jualan rasmi bagi seunit dron DJI Mini 3 Pro adalah RM3,399.00.
Tetapi DJI turut menawarkan DJI Mini 3 Pro yang dijual bersama kit aksesori lain yang berharga sehingga RM5,199.00.
DJI Mini 3 Pro sudah pun boleh dibeli mulai hari ini menerusi platfom e-dagang Lazada dan Shopee.
Malah pembeli yang melengkapkan tempahan awal melalui kedai rasmi DJI Shopee dan Lazada semasa tempoh prapesanan akan layak menerima baucar eksklusif dalam talian bernilai RM50 untuk Aksesori Mini 3 Pro DJI.
Di samping itu, pelanggan juga akan berpeluang untuk memenangi DJI Pocket 2 dan barangan rasmi DJI.
Untuk info lanjut spesifikasi penuh DJI Mini 3 Pro , layari laman rasmi https://www.dji.com/dji-mini-3-pro.
https://youtu.be/aOwTUgqUfH8
Berkaitan
- Sebuah Dron Penghantar Barang Di Switzerland Terhempas Berdekatan Sekumpulan Kanan-Kanak
- Isu Keselamatan Menjadi Punca Tentera Amerika Tidak Lagi Menggunakan Dron DJI
- UTHM Bina Dron Terbesar Pertama Di Malaysia
- Polis Sepanyol Akan Menggunakan Sistem Anti Dron Pada Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara 2019
- DJI Melancarkan Penstabil Telefon Pintar Terbaru DJI Osmo Mobile 5
- Pasukan Dron Khas Bersiap Sedia Bantu Pasukan Penyelamat Di Negeri-Negeri Dilanda Banjir - Menteri
- (Ulasan) DJI Osmo Action 3 - Kamera Dah Padu, Aplikasi Sokongan Je Lemah
- Super Dron Dengan Teknologi Kecerdasan Buatan Bakal Diperkenalkan Di Malaysia
- DJI Melancarkan Model Gimbal Terbaru Ronin-SC Untuk Kamera 'Mirrorless'
- Pusat Kecemerlangan Area 57 Menjadi Pusat Sehenti Pembangunan Teknologi Berkaitan Dron