Cara Untuk Pantau Dan Kawal Anak Menggunakan TikTok

Dalam era teknologi kini, kita semua tahu generasi muda zaman kini terutamanya anak-anak kita sudah sangat sinonim dengan penggunaan aplikasi TikTok.

Tentunya ini menjadi tanggungjawab para ibu bapa untuk sentiasa memantau gerak geri dan perilaku anak-anak dalam menggunakan media sosial terutamanya TikTok.

TikTok juga dikenali sebagai platform yang paling terkenal dengan kandungan yang pelbagai termasuk jenis kandungan yang tidak sesuai untuk golongan dari peringkat bawah umur.

Oleh itu, TikTok membangunkan satu ciri yang membolehkan ibu bapa untuk mengawal penggunaan aplikasi TikTok anak-anak melalui ciri 'Family Pairing'.

Berikut ialah cara untuk aktifkan ciri keselamatan ini.

Cara aktifkan 'Family Pairing' di akaun TikTok 'Parent'


Langkah 1: Pergi ke bahagian 'Settings and Privacy' dan pilih 'Family Pairing'.

tiktok anak

Langkah 2: Klik 'Continue'.

tiktok anak

Langkah 3: Pilih 'Parent'.

tiktok anak

Langkah 4: Dengan menggunakan akaun TikTok anak, imbas kod QR pada paparan kod QR ini.

tiktok anak

Langkah 5: Setelah berjaya hubungkan akaun, pilih akaun anak.

tiktok anak

Langkah 6: Di sini, anda boleh ubah tetapan penggunaan akaun anak tadi pada 'Screen Time Management', 'Restricted Mode' dan 'Search'.



Anda selesai menetapkan kawalan ke atas akaun TikTok anak anda.

Cara aktifkan 'Family Pairing' di akaun TikTok anak


Langkah 1: Ulang langkah 1 hingga 3 seperti tadi dan pilih 'Teen'.

tiktok anak

Langkah 2: Imbas kod QR pada akaun TikTok 'Parent' dan klik 'Link accounts'.



Anda selesai menghubungkan akaun anak dengan akaun 'Parent'. Anak anda boleh melihat tetapan kawalan yang ditetapkan tetapi tidak boleh mengubah apa-apa.

tiktok anak

Maklumat tambahan


Untuk nyahhubung (unlink) akaun anda dengan akaun TikTok anak, anda boleh pergi ke paparan seperti di langkah 6 tadi dan pilih 'Unlink' di bahagian bawah skrin.

Sila maklum anak anda juga boleh unlink akaunnya sendiri dengan akaun 'Parent' dengan cara yang sama namun tetapan hanya akan kembali kepada yang asal selepas 48 jam.

tiktok anak

Selamat memantau anak anda!

Baca juga:

Berkaitan