4 Barang Ini Sangat Sesuai Dijadikan Hadiah Untuk Isteri Anda

Kadang-kadang nak bagi barang atau hadiah kepada seseorang, bukan semua mahukan telefon pintar.

Jadi, kami akan senaraikan 4 hadiah atau barang yang menarik untuk diberi kepada kenalan lagi-lagi yang tersayang.

Baru-baru ini, realme telah memperkenalkan 4 produk untuk rumah dalam ekosistem TechLife baharu mereka. realme kini cuba untuk mempertingkatkan strategi 1+5+T mereka.

Yang mana, 1 merujuk kepada telefon pintar, 5 pula fon telinga, produ boleh pakai, TV, tablet, komputer riba, manakala T pula adalah TechLife.

TechLife pula adalah produk ekosistem IoT di rumah, yang memfokuskan kepada rangkaian produk gaya hidup pintar dan bergaya.

Produk-produk yang dinyatakan mungkin nampak macam cliche tetapi hakikatnya benda-benda sebeginilah yang sangat berguna dalam kehidupan seharian.

realme Hair Dryer


Contohnya seperti pengering rambut. Ada masanya kadang-kadang kita bangun lewat ke kerja, nak bersiap cepat-cepat pun tak boleh sebab rambut belum kering. Kalau botak tak apa la, tapi yang berambut panjang ni, memang lama juga nak tunggu kering.

Apa yang menariknya dengan realme Hair Dryer, rambut panjang boleh dikeringkan dalam masa 5 minit. Jadi anda boleh tidur lebih lama pada waktu pagi walaupun lewat ke kerja disebabkan rambut cepat kering.

Kapsyen: Dengan kuasa sekuat 1400W serta dilengkapi ciri perlindungan termal 55 darjah, realme Hair Dryer pantas mengeringkan rambut disamping melindungi kecantikan rambut anda.


Perlindungan rambut juga penting. Dalam kes realme Hair Dryer, terdapat ciri Negative Ions Hair Care yang membantu mengurangkan kelembapan rambut, menjadikan rambut lembut dan mengelakkan kerinting.

Selain itu, jangan risau rambut tersekat dalam pengering rambut pun tiada disebabkan realme ada teknologi Negative Ion Quick-Drying Hair Dryer.

Fungsi lain seperti perlindungan suhu, struktur tahan terbakar, dan 2 mod pemanasan yang boleh dipilih menjadikan ia lebih selesa untuk digunakan.

realme Hair Dryer berharga RM199.00 dan akan mula berada di pasaran tempatan sedikit masa lagi.

realme TechLife Robot Vacuum


Vakum robot semakin popular lagi-lagi sangat trending dalam kalangan pengguna multitasking.

Bayangkan duduk-duduk santai begitu je tetapi lantai divakum oleh 'orang gaji' tidak berbayar. Nampak macam hikayat cerita zaman dahulu-dahulu, bukan, bukan. Ini realiti sebenar yang berlaku.



Tapi untuk pemilihan vakum robot pula, bukan boleh main beli je. Kadang-kadang lebih berbaloi lagi beli vakum robot yang turut boleh berfungsi sebagai mop lantai seperti dengan realme TechLife Robot Vacuum.

Ada juga vakum robot yang mempunyai sistem navigasi teruk. Tahu-tahu vakum sudah accident atau entah pergi kemana-mana disebabkan sistem pemetaan yang kurang baik. TechLife Robot Vacuum mempunyai sistem pemetaan dilengkapi LiDAR dan 38 sensor bagi mengelakkan insiden seperti ini berlaku.

Turut ada juga adalah sokongan Google Assistant dan Alexa. Barulah senang untuk arahkan hanya guna suara sahaja.

Apa yang menjadikannya seperti robot betul adalah ia turut dilengkapi dengan plan jadual pembersihan, jadi anda boleh duduk melepak atas katil sambil vakum robot akan bersihkan bilik atau rumah anda.

TechLife Robot Vacuum yang serba canggih ini akan berada di pasaran tempatan sedikit masa lagi dan akan dijual pada harga RM1,999.00.

TechLife Handheld Vacuum


Vakum robot (TechLife Robot Vacuum) memang sangat menarik, tetapi ada masanya anda mahukan vakum spesifik untuk membersikan kotoran secara pantas.

Zaman vakum dengan wayar panjang-panjang sudah berlalu, lebih seronok lagi jika vakum tersebut jenis tangan seperti realme TechLife Handheld Vacuum.



Dengan kuasa sedutan 9.5kPa, ceruk bilik dan bawah perabot pun boleh dibersihkan.

Kebanyakan vakum bising, jadi realme TechLife Handheld Vacuum menyertakan ciri operasi kurang hingar. Barulah tak sakit telinga ketika membersih.

Disebabkan fizikalnya yang ringan, ia boleh disimpan secara gantung di dinding. Rekaannya juga kompak, jadi ia tidak mengambil ruang yang banyak untuk disimpan.



Melengkapkan bilik yang bersih adalah pengudaraan yang bersih. Apa cara yang sesuai untuk bilik yang segar tanpa menanam pokok seumpama hutan?

realme TechLife Handheld Vacuum akan mula berada di pasaran tempatan pada 18 Oktober 2021 ini dan berharga RM399.00 bersama satu tahun jaminan.

Tetapi anda boleh dapatkan realme TechLife Handheld Vacuum ini pada harga istimewa iaitu RM349.00 sahaja pada hari pertama jualannya nanti di stor rasmi realme di Lazada.

realme TechLife Air Purifier


Mudah jawapannya jika anda memiliki realme TechLife Air Purifier. Bagaimana pula nak tahu sama ada pengudaraan itu betul-betul bersih pula?

Untuk yang tidak tahu, terdapat metrik yang dipanggil CADR atau clean air delivery rate yang menunjukkan seberapa bersih udara yang dikeluarkan.



realme TechLife Air Purifier mempunyai sebanyak 330m3/h yang mana ia mampu membersikan udara segar dalam ruangan 330 meter kubik.

Ia juga disertakan denan penapis HEPA H12 yang dibuat dari 60 lapisan. Untuk lapisan HEPA, lebih tinggi grednya seperti H12, maka lebih bersihlah udara yang keluar.

realme TechLife Air Purifier juga mempunyai 5 mod pengudaraan. Sama ada anda nak mod tidur, lembut, normal, kuat atau auto. Pilih sahaja kerana ia ada semuanya.

Penjagaan Air Purifier juga sangat mampu milik. Ini adalah kerana anda hanya perlu menukar penapis sahaja dan harganya rendah sahaja. Apa yang penting, penukaran penapis ini juga penting kerana ia turut memberi kesan kepada kualiti pengudaraan. Jadi, sampai masanya, cepat-cepatlah tukar ya.

realme TechLife Air Purifier berharga RM499.00 beserta satu tahun jaminan dan akan mula berada di pasaran tempatan bermula dari 18 Oktober 2021 ini

Tetapi anda boleh dapatkan realme TechLife Air Purifier ini pada harga istimewa iaitu RM399.00 sahaja pada hari pertama jualannya nanti di stor rasmi realme di Lazada.

*Advertorial ini dibawakan oleh: Realme