Ikuti kami di media sosial

Ulasan

Main PUBG Mobile Secara Berterusan Pada Vivo S1, Dan Ini Pandangan Kami

Haikel Areff

Ditulis

pada

PUBG Mobile bukan lagi ‘game’ yang perlu saya kenalkan lagi. Boleh dilebelkan sebagai permainan mudah alih sepanjang zaman dan semenjak dua tahun lepas PUBG Mobile menjadi pilihan dalam arena e-sukan termasuklah Mobile Lagend.

Permainan ini boleh dimainkan di setiap telefon pintar dipasaran ketika ini, namun, setiap peranti mempunyai prestasi dan limitasi tersendiri untuk memainkan permainan ini. PUBG Mobile juga boleh dikatakan permainan mudah alih yang sangat ‘graphic demanding’  dan betul-betul mengerah tenaga cip pemprosesan dan bateri peranti yang memainkannya.

Oleh kerana itu, saya mencuba bermain PUBG Mobile menggunakan peranti yang disebut-sebut iaitu Vivo S1 untuk melihat sejauh manakah kemampuan peranti ini. Kerana apa saya pilih Vivo S1?

Satu, sebab ramai yang bertanya adakah ia bagus untuk kegunaan gaming. Kedua, saya sendiri mahu melihat keupayaan cip pemprosesan Mediatek Helio P65, kerana saya tahu ramai lagi yang masih skeptikal dengan cip dari Mediatek yang umum menggelarkannya ‘cip cepat panas’.

Saya memulakan permainan dengan bateri penuh 100%. Dibekalkan dengan bateri sebesar 4,500mAh, saya menjangkakan peranti ini dapat bertahan paling kurang 4 jam bermain PUBG Mobile secara berterusan.

Vivo S1 ini menyokong tetapan tertinggi grafik HD pada frame rate HIGH. Sebelum memulakan permainan, saya menyukat suhu peranti ini yang tidak menjalankan sebarang aplikasi di latar belakang dan mencatatkan suhu 32°C.

Pada seawal 15 minit pertama saya sudah merasakan suhu sedikit meningkat (40°C) dibahagian atas peranti. Namun peningkatan suhu ini tidaklah menggangu saya ketika bermain dan ia adalah satu perkara yang masuk akal kerana cip pemprosesan sedang bekerja keras mengeluarkan sedikit haba.

1 jam pertama saya mendapati Vivo S1 tidak mengalami frame drop yang ketara. Peranti ini mampu mengekalkan 30 fps secara konsisten walaupun dalam beberapa situasi jatuh ke 28-26 fps sekali sekala.

Namun saya dapati peranti ini mengalami frame drop pada awal permainan sewaktu mahu mendarat. Mungkin disebabkan cip pemprosesan berkerja keras untuk membuka ‘map’yang luas. Sejurus sahaja mendarat, saya kembali mendapat bacaan 30fps.

3 jam seterusnya saya merasakan peranti ini tidak menjadi semakin panas. Malah apabila saya menyukat, suhu peranti jatuh pada 38°C. Membuatkan saya menggaru kepala dan pada masa yang sama senyum lebar kerana saya tidak lagi memperoleh ‘Winner Winner Chicken Dinner’ dan masih boleh meneruskan permainan tanpa gangguan

Masuk ke 4 jam, saya sudah merasakan peranti ini mula mengalami frame drop sehingga 25 fps, saya beranggapan ini kerana bateri sudah berada pada tahap kritikal (18%). Tetapi secara purata ia masih lagi stabil pada 30 fps dan 28 fps. Sukatan suhu mendapati ia berada pada 42°C.

Peranti saya mati kehabisan bateri dan merekodkan jangka hayat lebih kurang 5 jam 10 minit memainkan PUBG Mobile secara berterusan. Suhu dicatatkan pada 40°C selepas peranti kehabisan bateri.

Apa yang saya boleh katakan Vivo S1 ini mengendali PUBG Mobile dengan baik. Walaupun tidak mampu menggalas grafik tertinggi, namun bermain pada grafik medium sudah cukup memuaskan dengan bantuan ciri Ultra Game Mode dari Vivo.

Suhu cip Helio P65 pun tidaklah sepanas seperti yang diperkatakan. Malah pengurusan baterinya juga cukup baik, ia dapat memainkan PUBG Mobile lebih lama dari jangkaan awal saya. Ciri Game Assistant Multi Turbo juga membantu dari segi pengurusan bateri dan prestasi cip pemprosesan ini.

Vivo S1 membawakan spesifikasi seperti skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.38 inci. Bermain permainan pada skrin AMOLED sudah tentu memberikan keenakan teramat dengan menghasilkan warna yang lebih dinamik.

Vivo S1 dijual pada harga RM1,099 dengan RAM 6GB dan ruang simpanan 128GB. Peranti ini boleh dibeli dari mana-mana kedai konsep Vivo seluruh negara, pengedar sah, atau secara dalam talian dari Vivo E-StoreLazadaShopee atau Sengheng.

 

 

 

 

 

 

 

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Ulasan

(Ulasan) Samsung Galaxy S10 Lite, Peranti Yang Baik Tetapi Bukan Sempurna

Haikel Areff

Ditulis

pada

Kehadiran Galaxy S10 Lite sedikit sebanyak memberikan kejutan dengan binaan cip pemprosesan Snapdragon 855. Ramai mengetahui Samsung lebih gemar untuk menggunakan cip Exynos buatan mereka untuk peranti mereka di pasaran Malaysia

Menimbulkan Persoalan

Malah kedatangannya juga sememangnya akan memberi impak kepada model S10e dan juga beberapa model dalam siri A mereka.

Setahu saya, ia adalah peranti pertama dalam siri S dengan lebel ‘Lite’ setelah sekian lama.

Dengan tanda harga RM2,699 dan lebel ‘lite’ ia diletakkan sebagai peranti flagship mampu milik di pasaran, sebaris dengan OnePlus 7T dan juga realme X2 Pro.

Binaan Premium Terpaksa Dilupakan

Galaxy S10 Lite hadir dengan skrin AMOLED beresolusi Full HD+(2400 x 1080) pada 6.7 inci, lebih besar daripada Galaxy S10+.

Kamera hadapan juga diubah ke bahagian tengah seperti siri Note, berbanding di sebelah kanan sebelum ini (S10). Seperti model S10e, walaupun tidak menggunakan skrin melengkung, namun penawaran skrin yang dibekalkan adalah sangat baik dengan julat warna yang luas dan kontras yang tinggi.

 

Secara kasarnya, binaan keseluruhan Galaxy S10 Lite tidaklah premium seperti model-model dalam siri S10 yang lain. Panel belakang dibina dengan gabungan plastik dan kaca, ia tidak memberikan rasa ‘mahal’ ketika memegangnya.

Dibahagian belakang menempatkan modul 3 kamera berbentuk petak dibahagian kiri, satu rekaan baru dari iterasi seterusnya untuk tahun ini.

Secara mudahnya, rekaan S10 Lite dilihat seperti model S10+ yang lebih ‘murah’ dengan tetapan kamera belakang sedikit berlainan.

Spesifikasi Yang Dinanti-nantikan

Dijalankan dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 yang sudah berusia hampir setahun. Menjalankan operasi harian seperti melayari laman sesawang, media sosial, strim video dan sebagainya adalah sesuatu yang mudah buat peranti ini, seperti makan nasi di tepi pantai.

Malah dengan RAM sebesar 8GB dan simpanan 128GB (boleh ditambah) melancarkan lagi kerja-kerja yang dilakukan oleh cip ini.

Untuk penggunaan berat seperti memainkan permainan juga dapat dikendalikan dengan baik. Walaupun anda boleh dapatkan peranti dengan cip Snapdragon 855+ pada harga yang sama (peningkatan grafik 15%), tetapi prestasi S10 Lite tidak jauh bezanya.

Kebanyakkan peranti Snapdragon 855+ lain di pasaran di pasangkan dengan skrin 90Hz, maka terpaksa mengerah tenaga pemprosesan grafik dengan lebih banyak, berbanding Snapdragon 855 pada S10 Lite, GPU Adreno 640 hanya mengendalikan skrin 60Hz.

Kamera Yang Boleh Diharap

Dilengkapi dengan tetapan 3 kamera. Yang pertama 48MP, f/2.0 pada sudut luas 26mm bersama sokongan Super Steady OIS, fungsi baru yang dibawakan oleh Samsung. Kedua, 12 MP, f/2.2 sudut ultra lebar pada dan yang ketiga, kamera makro 5 MP, f/2.4.

Gambar dihasilkan adalah baik dengan perincian yang cukup. Penghasilan warna sedikit tawar dengan kepekatan yang sederhana. Ia bergantung kepada citarasi pengguna. Ada yang suka gambar yang terang dan pekat, ada yang suka warna yang lebih natural.

Akan tetapi pada pengamatan saya julat dinamik tidak begitu luas jika anda tidak mengaktifkan fungsi Smart HDR.

Gambar pada waktu malam juga boleh dikatakan baik dengan exposure yang tidak keterlaluan. Masih dapat dilihat kesan hingar dikawasan gelap apabila anda menggunakan Night Mode.

Fungsi Live Focus menghasilkan gambar portret yang baik. Pemisahan latar belakang dan subjek yang baik. Akan tetapi dapat dilihat subjek kehilangan perincian terutamanya dibahagian muka.

Kamera makro adalah yang paling mengejutkan saya. Sebelum ini saya tidak pernah teruja dengan kehadiran kamera makro pada peranti lain di pasaran oleh kerana tidak boleh diharap.

Kamera makro pada Galaxy S10 Lite kali ini dapat mengambil gambar subjek pada jarak dekat dengan jelas.

Bateri Dan Pengecasan Lebih Baik

Memanfaatkan bateri 4,500mAh, peranti dapat bertahan selama 7 jam untuk penggunaan berterusan termasuklah menonton video, memainkan permainan, dan beberapa aplikasi lain.

Dengan saiz bateri yang besar, ia dapat tahan dengan lebih lama berbanging OnePlus 7T atau realme X2 Pro yang purata jangka hayat hanya pada 6 jam.

Namun, untuk pengecasan, S10 Lite hanya disokong dengan pengecasan 25W, mengambil masa sekitar 1 jam untuk pengisian penuh dari 0%.

One UI 2.0, Lebih Ringkas, Lebih Mesra Pengguna

Antara perkara yang paling menarik perhatian adalah animasi baru yang digunapakai pada One UI 2.0 kali ini. Dengan gabungan sistem operasi Android 10, penggunaan nampak lebih lancar dan lebih menarik.

Aplikasi kameranya juga diringkaskan. Tiada lagi mode Instagram seperti sebelum ini, dan mode lain boleh disimpan dalam folder ‘more’.

Samsung turut memperbaharui ciri ‘Device Care’ dengan mempamerkan penggunaan bateri yang lebih terperinci dan kawalan sambungan bersama peranti lain yang lebih luas.

Ciri tema gelap juga diimplemetasikan secara menyeluruh namun ia masih lagi bergantung pada setiap pembangun aplikasi. One UI 2.0 kali ini juga membawakan ciri dimana anda boleh sembunyikan butang ‘back’ dan ‘home’ dengan menggunakan isyarat navigasi.

Pengimbasan Cap Jari Masih Di Tidak Diperbaiki

Jika ditanya apa perkara paling menyakitkan hati tentang S10 Lite ini adalah pengimbas cap jarin dalam skrinnya

Anda boleh menggunakan pangimbasan wajah yang juga tidak tepat dalam keadaan kurang cahaya, sehinggakan penulis terpaksa berpatah balik menggunakan kata laluan ‘pattern‘ yang jauh lebih pantas untuk membuka peranti.

Harga Yang Brbaloi Untuk Flagship Samsung

Pada tanda harga RM2,699, ia dilihat sebuah peranti flagship mampu milik yang kehilangan beberapa ciri flagship. Galaxy S10 Lite tidak mempunyai fungsi kalis air, tiada pengecasan tanpa wayar dan hanya tetapan pembesar suara mono.

Malah binaan peranti ini juga tidak se-eksklusif peranti flagship Samsung yang lain. Kualiti kameranya adalah baik tetapi tidak menakjubkan. Akan tetapi skrin dan cip pemprosesan yang dimiliki oleh peranti ini sudah cukup untuk membuatkannya pembelian yang berbaloi.

 

Teruskan Bacaan

Berita

Ujian Prestasi MediaTek Helio G70 Pada realme C3 Mendapati Ia Lebih Berkuasa Dari Snapdragon 665

Avatar

Ditulis

pada

Helio G70 realme C3

Awal bulan lepas MediaTek telah memperkenalkan cip Helio G70. Ia merupakan cip gaming untuk kelas bajet dan buat pertama kalinya telah dimuatkan dalam peranti realme C3. Peranti ini baru sahaja dilancarkan di India beberapa hari lepas dan telah diuji prestasi membandingkannya dengan peranti yang menggunakan cip Snapdragon 665.

Melalui laman teknologi Beebom, mereka telah berkongsikan hasil ujian prestasi antara Helio G70 pada realme C3 dan Snapdragon 665 pada Xiaomi Mi A3.

Spesifikasi Helio G70 vs Snapdragon 665

  • MediaTek Helio G70

Secara ringkas, MediaTek G70 menggunakan 8 teras dengan 2 pecahan kluster. Ia dibina dengan proses 12nm mempunyai 2 teras utama Cortex-A75 (2.0GHz) dan juga 6 teras jimat tenaga Cortex-A55 (1.7GHz).

Untuk GPU ia menggunakan pemprosesan dari ARM iaitu Mali-G52 pada kelajuan 820MHz bersama-sama teknologi HyperEngine MediaTek.

  • Snapdragon 665

Untuk Snapdragon 665 pula ia menggunakan 8 teras dengan 2 pecahan kluster. Namun ia dibezakan dengan 4 teras utama Kryo 260 Gold Cortex-A73 (2.0GHz) dan juga 4 teras jimat tenaga Kryo Silver Cortex-A53 (1.8GHz).

Bahagian GPU pula, ia menggunakan pemprosesan grafik Adreno 610.

Ujian Prestasi AnTuTu

Ujian prestasi yang pertama dilakukan oleh realme C3 adalah AnTuTu V8. Melalui ujian ini, MediaTek Helio G70 memperlihatkan skor 191731 yang lebih baik berbanding Snapdragon 665 dengan markah 183212. Apa yang menarik adalah Helio G70 mendapat skor lebih tinggi pada bahagian pemprosesan grafik. Ini bermakna bahagian GPU Mali-G52 juga berkuasa dan mampu mengalahkan Adreno 610 pada Snapdragon 665.

Kiri (Xiaomi Mi A3), tengah (realme C3), kanan (vivo U20). Sumber dari: Beebom

Turut dibandingkan adalah markah AnTuTu V8 dari peranti vivo U20. Namun disebabkan Snapdragon 675 lebih berkuasa, ia meletakkan Helio G70 selesa di antara cip Snapdragon 665 dan juga 675.

Ujian CPU Geekbench 5

Ujian prestasi Geekbench 5 menguji prestasi CPU dari segi teras tunggal dan juga multi-teras. Untuk ujian ini, Helio G70 memperoleh skor teras tunggal sebanyak 351 iaitu sedikit tinggi berbanding 301 pada Snapdragon 665. Sebaliknya untuk skor multi-teras pula Snapdragon 665 peroleh sebanyak 1393 yang lebih tinggi berbanding 1256 pada Helio G70.

Kiri (Xiaomi Mi A3), tengah (realme C3), kanan (vivo U20). Sumber dari: Beebom

Untuk skor teras tunggal, Helio G70 menggunakan teras terkini Cortex-A75 berbanding Cortex-A73 pada Snapdragon 665. Jadi, sudah semestinya Helio G70 lebih berkuasa. Namun untuk skor multi-teras pula, Snapdragon 665 mendapat nilai yang lebih tinggi disebabkan penggunaan 4 teras utama berbanding 2 sahaja pada Helio G70.

Boleh dikatakan dari segi prestasi dan penggunaan harian, G70 sedikit lebih pantas dengan penggunaan teras Cortex-A75 yang lebih berkuasa berbanding Snapdragon 665.

Ujian Kecerdasan Buatan AITuTu

Ujian kecerdasan buatan (AI) pada kedua-dua cip ini pula menceritakan kisah yang berbeza. Walaupun Helio G70 dipasarkan dengan ciri kecerdasan buatan yang pantas, skor diperoleh dari prestasi AITuTU pula tidak mengiyakan hal berkenaan.

Kiri (Xiaomi Mi A3), kanan (realme C3). Sumber dari: Beebom

Dari aspek AI, AI Engine Qualcomm pada Snapdragon 665 jauh meninggalkan Helio G70 dari MediaTek.

Ujian Grafik 3DMark

Helio G70 merupakan cip yang memfokuskan kepada gaming. Untuk itu, ujian prestasi grafik diuji untuk membandingkan kekuatan GPUnya dengan Snapdragon 665. Ujian ukur aras melalui Sling Shot Extreme memperlihatkan prestasi GPU Helio G70 sedikit lebih baik berbanding Snapdragon 665.

Kiri (realme C3), kanan (Xiaomi Mi A3). Sumber dari: Beebom

Walaupun hanya sedikit perbezaan antara kedua-duanya, kesemua aspek ujian menunjukkan Mali-G52 lebih berkuasa menjadikannya satu peningkatan prestasi yang sangat berbaik untuk kelas permulaan berbanding Adreno 610.

Relevan Perbandingan Dan Konklusi

Dari keseluruhan perbandingan yang dibuat, kita sudah jelas mengetahui peranti yang menggunakan cip Helio G70 seperti realme C3 adalah lebih berkuasa dari peranti menggunakan Snapdragon 665 seperti Xiaomi Mi A3.

Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan adalah mengenai peranti realme 5i yang baru dilancarkan beberapa minggu lalu menggunakan cip Snapdragon 665. Ia disasarkan untuk kelas pertengahan bajet. Adalah sedikit janggal dari segi pemasaran jika realme C3 yang merupakan kelas permulaan menggunakan Helio G70 yang lebih berkuasa.

Jika sebelum ini realme C2 dipasarkan dengan harga yang rendah bermula RM429, realme C3 juga sudah semestinya akan dijual pada harga sekitar yang sama. Dengan harga jualan yang lebih rendah berbanding realme 5i, pembelian realme 5i dilihat sangat tidak berbaloi untuk pengguna yang mengutamakan prestasi dan juga permainan video.

Apa-apa pun, melihatkan kepada prestasi cip Helio G70 yang sangat berkuasa untuk kelas permulaan ini, kami tidak sabar untuk menantikan harga jualan realme C3 ketika kehadirannya untuk pasaran Malaysia nanti.

*Segala gambar dan hasil ujian adalah dari laman Beebom, anda boleh layari laman web berkenaan untuk membaca sumber asal artikel ini.

Sumber: Beebom

 

Teruskan Bacaan

Ulasan

Perbandingan Kamera iPhone 11 Pro vs Xiaomi Mi Note 10 (Deep Fusion vs Penta Camera)

irfan suhaimee

Ditulis

pada

Beberapa bulan yang lalu, Xiaomi telah melancarkan sebuah peranti yang mempunyai spesifikasi yang luar biasa iaitu Xiaomi mi Note 10. Hadir dengan 5 kamera utama dan juga merupakan peranti pertama yang menggunakan lensa bersaiz 108MP. Namun, masih menjadi tanda tanya apakah ia mampu untuk menandingi fungsi “Deep Fusion” yang telah diperkenalkan pada siri iPhone 11 yang hanya mempunyai lensa bersaiz 12MP.

Kami telah menguji kamera Xiaomi Mi Note 10 dan juga iPhone 11 Pro Max untuk mengetahui akan keupayaan kamera kedua peranti ini. Adakah implementasi “hardware” yang terdapat pada Xiaomi Mi Note 10 mampu mengalahkan implementasi “software” pada iPhone 11 Pro.

Gambar 1

                                             Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                   Gambar dari iPhone 11 Pro

Pada gambar pertama ini, jelas keupayaan Xiaomi Mi Note 10 menghasilkan imej yang lebih jelas terutamanya detail pada bahagian jambatan. iphone 11 Pro pula menghasilkan imej yang mempunyai warna yang lebih pekat.

Gambar 2

                                                Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                       Gambar dari iPhone 11 Pro

Gambar yang kedua pula memperlihatkan keupayaan smart hdr dan juga Deep Fusion yang terdapat pada iPhone 11 Pro kerana ia mampu mencerahkan shadow pada imej berkenaan.

Gambar 3

                                                   Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                      Gambar dari iPhone 11 Pro

Hasil dari gambar ini menunjukkan keupayaan Mi Note 10 dalam menghasilkan gambar yang lebih detail. Namun, iPhone 11 Pro menghasilkan julat dinamik yang lebih cemerlang.

Gambar 4

                                                Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                           Gambar dari iPhone 11 Pro

Pada gambar potrait ini pula memperlihatkan kecemerlangan Mi Note 10 dalam menghasilkan edge detection yang tepat. Walaupun iPhone 11 Pro mempunyai masalah edge detection, namun warna yang dihasilkan lebih pekat.

Gambar 5

                                                    Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                         Gambar dari iPhone 11 Pro

Begitu juga pada gambar ini, iPhone 11 Pro dilihat menghasilkan imej yang lebih pekat dan lebih detail manakala gambar yang dihasilkan Mi Note 10 agak soft dan pudar. Jelas pada gambar ini menunjukkan keupayaan Deep Fusion.

Gambar 6

                                                      Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                         Gambar dari iPhone 11 Pro

Bagi imej potrait pula, Xiaomi Mi Note 10 menghasilkan imej yang agak “soft” dan warna yang agak pudar manakala Iphone 11 Pro Max cemerlang dengan menghasilkan warna yang lebih natural terutamanya warna kulit.

Gambar 7

                                                   Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                        Gambar dari iPhone 11 Pro

Bagi gambar sudut ultra lebar pula, kedua-dua peranti dilihat menghasilkan imej yang jelas dan kemas…perbezaannya hanyalah tona warna di mana tona warna Xiaomi Mi Note 10 lebih warm berbanding Iphone 11 Pro yang menghasilkan warna sejuk.

Gambar 8

                                                     Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                        Gambar dari iPhone 11 Pro

Yang terakhir ialah dari segi zum…di sini sememangnya Xiaomi Mi Note 10 mempunyai kelebihan zum sebanyak 50x…jika dilihat pada imej 10x zoom xiaomi Mi Note 10 lebih jelas berbanding Iphone 11 Pro..namun perbezaannya hanyalah minimal.

Kesimpulannya, implementasi software dilihat amat penting. Pujian untuk Apple kali ini kerana fungsi Deep Fusion dilihat mampu bersaing dengan penta kamera yang digunakan oleh Mi Note 10. Tetapi, implementasi hardware juga penting untuk menghasilkan imej yang detail.

Oleh itu, keduanya harus seimbang dan dijangka siri Samsung S20 bakal hadir dengan lensa yang besar dan software yang cemerlang dan berkemungkinan ia akan diikuti oleh pengeluar peranti yang lain pada bulan ini.

Teruskan Bacaan

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular