Ikuti kami di media sosial

Ulasan

Mahukan Gambar Percutian Anda Secantik Ini? Ini Caranya

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Bercuti ke destinasi menarik merupakan saat-saat yang dinantikan kita semua. Tidak lengkap percutian kita tanpa merakam sebarang foto atau video, betul? Rakam gambar dan video dah ibarat satu kewajipan. Sama ada ia untuk ditatap sendiri pada kemudian hari atau dijaja di media sosial untuk halwa mata rakan baik anda. Tetapi mampukah anda merakam secantik imej dibawah?

OPPO Reno2

Mampu jika anda mempunyai peranti berkamera baik serta sedikit kemahiran asas. Kedua-dua perkara ini perlu seimbang dalam menyempurnakan sesebuah rakaman. Pengetahuan asas seperti komposisi serta cara rakaman yang betul amat penting apabila merakam. Bagi peranti pula, kita sekarang lebih gemar menggunakan telefon pintar dan model yang sesuai untuk sesi fotografi serta video pendek anda adalah OPPO Reno2. Bagaimana OPPO Reno2 dan skil merakam anda dapat hasilkan gambar menarik? Mari kita lihat caranya.

oppo reno2

Komposisi penting untuk sesebuah video atau gambar.

Kunci bagi rakaman yang cantik adalah komposisi, iaitu bagaimana anda meletakkan subjek atau objek itu didalam rakaman video atau foto. Perkara ini boleh dicapai melalui penggunaan ciri rule of third, garisan yang terbahagi kepada 9 bahagian dengan 4 titik persilangan.

oppo reno2

Nampak 4 titik merah seperti imej diatas? Ia merupakan fokus pandang bagi sesebuah imej. Mata kita secara semula jadi akan melihat ke bahagian titik itu berada.

Bila menggunakan rule of third, cuba letakkan subjek dan elemen penting lain berdekatan bahagian tersebut. Seperti contoh gambar dibawah.

Namun begitu, mungkin agak sukar untuk mengekalkan komposisi itu terutama sekali ketika anda sedang merakam video atau foto dalam keadaan bergerak. Jangan khuatir jika anda menggunakan OPPO Reno2. Ini kerana telefon pintar keluaran OPPO itu mempunyai ciri mod Ultra Steady.

Apa itu Mod Ultra Steady?

Mod Ultra Steady merupakan teknologi penstabilan yang diketengahkan oleh OPPO dalam meningkatkan kualiti kestabilan sesebuah rakaman. Melalui ciri Penstabilan Imej Elektronik (EIS) dan penstabilan Imej Optik (OIS), ia mengurangkan gegar  pada rakaman disamping kadar bingkai 60fps yang memberikan kelancaran serta kualiti terbaik pada keseluruhan imej.

Sudah lihat perbandingan diatas? Tiada masalah untuk mengekalkan komposisi video pada OPPO Reno2 bukan? Rakam sahaja ketika diatas kenderaan yang bergerak laju, video kekal stabil dan lebih sedap ditonton. Begitu juga ketika saat merakam foto.

Namun perlu diingatkan bahawa rakaman video 1080p 60fps digalas oleh lensa utama sahaja, sementara lensa sudut luas dan telefoto tidak mempunyai ciri tersebut.

Apa lagi yang diperlukan untuk rakaman yang menarik?

Gunakan kaedah komposisi 3 titik. Menggunakan ciri rule of third, kaedah ini digunakan dengan cara membahagikan imej yang mahu dirakam kepada tiga bahagian. Rakam secara menegak atau melintang. Setiap bahagian itu terdiri daripada subjek utama yang mahu ditonjolkan. Ia biasa digunakan ketika mahu mengambil gambar secara lanskap atau subjek besar yang mengisi imej.

oppo reno2

Walaupunbegitu, jika hanya menggunakan teknik asas tanpa sudut, kaedah tiga titik ini agak sukar dicapai pada telefon pintar. Untuk itu, ciri zoom dan lensa sudut ultra lebar ditagih dalam mendapatkan komposisi tersebut.

Melalui kemampuan zoom OPPO Reno2 dari 5x zoom hybrid sehingga 20x zoom digital serta lensa sudut lebar, anda tidak mempunyai masalah untuk menggunakan kaedah diatas. Lensa sudut lebar boleh menghimpunkan segenap pemandangan indah dihadapan anda ke dalam imej. Sementara itu, kebolehan zoom 2x sehingga 5x memberikan lebih kejelasan terhadap subjek. Jangan dilupa tentang zoom 20x dimana subjek yang jauh dapat “didekatkan” pada imej.

Menerusi tahap zoom yang kita sudah ceritakan diatas, kameranya mampu mengeluarkan imej berkualiti tinggi bagi rakaman jarak jauh. Ini sangat berguna ketika anda sedang melawati kawasan pelancongan, anda pasti tidak mahu ketinggalan merakam bangunan-bangunan atau sebarang struktur menarik walaupun berada jauh darinya. Atau pada apa-apa situasi lain yang memerlukan ciri zoom dibuat.

Menariknya tentang juga tentang OPPO Reno2 adalah kebolehan zoom audio. Contohnya anda sedang rakam video rakan yang sedang bercakap diseberang jalan, ketika zoom masuk dibuat, audio akan ditingkatkan. Suara rakan anda akan lebih jelas dan ini sangat berguna ketika dikawasan sesak atau sedikit bising.

Tidak sah percutian anda tanpa rakaman potret

Rata-rata daripada kita suka akan ciri rakaman potret atau bokeh dimana tumpuan pada subjek dengan latarbelakang sedikit kabur.

OPPO Reno2

Bagaimana mahu rakaman potret lebih menarik? Elakkan daripada mengambil rakaman potret pada latar belakang yang kosong atau putih. Cari latarbelakang yang menarik seperti cahaya, pokok, bangunan dan seumpama dengannya. Selain itu, rakam juga dengan perspektif yang berbeza. Sama ada rakam dari atas mahupun bawah.

oppo reno2

Latarbelakang menarik sudah ada, apa lagi perlu ada? Perlu ada OPPO Reno2. Ini disebabkan peranti tersebut berkemampuan merakam imej potret dengan baik sekali. Subjek dan latarbelakang kabur dipisahkan dengan kemas dan subjek lebih menonjol dengan perincian yang baik.

Boleh rakam video bokeh

Selain itu, anda boleh rakam video bokeh pada OPPO Reno2. Ya bukan foto sahaja, video pun boleh. Kesan kabur pada latar belakang boleh ditetapkan terlebih dahulu, memudahkan sesi rakaman anda. OPPO menjanjikan kualiti rakaman video bokeh setanding dengan kamera SLR dan ia boleh dilakukan untuk merakam seorang sahaja.

Objek yang dipilih akan lebih terserlah memberikan kelainan pada video anda. Kamera depan pun boleh rakam video bokeh ya. Selepas ini, video percutian anda akan lebih menarik dirakam secara bokeh.

Rakam pemandangan indah diwaktu malam ketika percutian

Sudah tentu anda tidak akan melepaskan peluang merakam gambar pada waktu malam. Lokasi percutian menarik yang disimbahi dengan cahaya lampu membuatkan ia wajib untuk dirakam sebagai kenangan. Namun begitu, cabaran utama pada telefon pintar adalah rakaman pada situasi kurang pencahayaan. Perincian gambar hilang dan hingar terlihat pada imej. Tetapi dengan adanya mod Ultra Dark pada OPPO Reno2, ia pasti boleh menyelesaikan isu tersebut.

oppo reno2

Melalui penggunaan NPU, butiran objek yang kurang jelas dilihat mata manusia dalam keadaan gelap, mampu dirakam kamera OPPO Reno2. Contohnya tahap cahaya dibawah 5 lux, ciri AI pada kamera akan mencerahkan gambar disamping mengurangkan hingar.

oppo reno2

SoLoop mudahkan anda sunting video ketika bercuti

Kita bercuti, anda mungkin tidak mempunyai banyak masa untuk menyunting video yang dirakam. Dalam masa yang sama, anda sudah tidak sabar untuk berkongsi video pendek kepada rakan-rakan yang lain. Disini SoLoop dapat membantu anda dalam penyuntingan selain menjimatkan masa. SoLoop merupakan aplikasi terbina yang disediakan pada OPPO Reno2. Aplikasi tersebut boleh mengesan video yang tersimpan didalam album secara automatik. Ia seterusnya akan menyediakan suntingan yang bersesuaian dengan klip video anda. Dengan adanya penyunting yang siap dipasang ini, ia bukan sahaja memudahkan proses suntingan malah mengembangkan lagi kreativiti anda.

Hasil Kamera 48MP dengan mod Ultra Steady dan mod Ultra Dark

oppo reno2

Walaupun lebih memfokuskan kepada sudut fotografi dan videografi, OPPO Reno2, OPPO tidak melupakan prestasi permainan mudah alih. Melalui penggunaan Snapdragon 730G, anda boleh dapatkan pengalaman baik untuk bermain permainan kegemaran.

Disamping itu, ia juga diperlengkapkan dengan ciri sambungan dwi WiFi. Bermaksud peranti boleh bersambungan dengan dua rangkaian WiFi pada satu-satu masa. Melaluinya, anda akan sentiasa mempunyai sambungan internet yang lebih stabil. Konfigurasi memori yang diberikan adalah RAM 8GB berpasangan dengan storan 256GB.

oppo reno2

Dari segi janaan kuasa pula, ia dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh, dimana penggunaan sepanjang hari bukanlah masa baginya. Bagi daya isian pula ia menggunapakai pengecasan pantas 20W VOOC 3.0.

OPPO Reno2 dipasang dengan skrin paparan yang bebas takuk, hasil daripada penggunaan kamera terangkat “sirip jerung”. Berukuran 6.5 inci dari jenis AMOLED, ia menghasilkan paparan yang cukup terang, jelas serta kaya dengan perincian.

oppo reno2

Ia juga dilihat sesuai kepada anda yang baru berjinak-jinak mahu menghasilkan vlog atau video pendek. Tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan kamera digital lain, cukup dengan OPPO Reno2, gambarnya cantik boleh buat panggilan suara lagi.

Penawaran OPPO Reno2 mampu mengukuhkan lagi jenama OPPO sebagai pengeluar telefon pintar nombor dua dalam negara, seperti yang diumumkan oleh Canalys Ogos lalu. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui penawaran lebih lanjut mengenai OPPO Reno2, boleh layari laman OPPO Malaysia.

Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Ulasan

(Ulasan) Samsung Galaxy S10 Lite, Peranti Yang Baik Tetapi Bukan Sempurna

Haikel Areff

Ditulis

pada

Kehadiran Galaxy S10 Lite sedikit sebanyak memberikan kejutan dengan binaan cip pemprosesan Snapdragon 855. Ramai mengetahui Samsung lebih gemar untuk menggunakan cip Exynos buatan mereka untuk peranti mereka di pasaran Malaysia

Menimbulkan Persoalan

Malah kedatangannya juga sememangnya akan memberi impak kepada model S10e dan juga beberapa model dalam siri A mereka.

Setahu saya, ia adalah peranti pertama dalam siri S dengan lebel ‘Lite’ setelah sekian lama.

Dengan tanda harga RM2,699 dan lebel ‘lite’ ia diletakkan sebagai peranti flagship mampu milik di pasaran, sebaris dengan OnePlus 7T dan juga realme X2 Pro.

Binaan Premium Terpaksa Dilupakan

Galaxy S10 Lite hadir dengan skrin AMOLED beresolusi Full HD+(2400 x 1080) pada 6.7 inci, lebih besar daripada Galaxy S10+.

Kamera hadapan juga diubah ke bahagian tengah seperti siri Note, berbanding di sebelah kanan sebelum ini (S10). Seperti model S10e, walaupun tidak menggunakan skrin melengkung, namun penawaran skrin yang dibekalkan adalah sangat baik dengan julat warna yang luas dan kontras yang tinggi.

 

Secara kasarnya, binaan keseluruhan Galaxy S10 Lite tidaklah premium seperti model-model dalam siri S10 yang lain. Panel belakang dibina dengan gabungan plastik dan kaca, ia tidak memberikan rasa ‘mahal’ ketika memegangnya.

Dibahagian belakang menempatkan modul 3 kamera berbentuk petak dibahagian kiri, satu rekaan baru dari iterasi seterusnya untuk tahun ini.

Secara mudahnya, rekaan S10 Lite dilihat seperti model S10+ yang lebih ‘murah’ dengan tetapan kamera belakang sedikit berlainan.

Spesifikasi Yang Dinanti-nantikan

Dijalankan dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 yang sudah berusia hampir setahun. Menjalankan operasi harian seperti melayari laman sesawang, media sosial, strim video dan sebagainya adalah sesuatu yang mudah buat peranti ini, seperti makan nasi di tepi pantai.

Malah dengan RAM sebesar 8GB dan simpanan 128GB (boleh ditambah) melancarkan lagi kerja-kerja yang dilakukan oleh cip ini.

Untuk penggunaan berat seperti memainkan permainan juga dapat dikendalikan dengan baik. Walaupun anda boleh dapatkan peranti dengan cip Snapdragon 855+ pada harga yang sama (peningkatan grafik 15%), tetapi prestasi S10 Lite tidak jauh bezanya.

Kebanyakkan peranti Snapdragon 855+ lain di pasaran di pasangkan dengan skrin 90Hz, maka terpaksa mengerah tenaga pemprosesan grafik dengan lebih banyak, berbanding Snapdragon 855 pada S10 Lite, GPU Adreno 640 hanya mengendalikan skrin 60Hz.

Kamera Yang Boleh Diharap

Dilengkapi dengan tetapan 3 kamera. Yang pertama 48MP, f/2.0 pada sudut luas 26mm bersama sokongan Super Steady OIS, fungsi baru yang dibawakan oleh Samsung. Kedua, 12 MP, f/2.2 sudut ultra lebar pada dan yang ketiga, kamera makro 5 MP, f/2.4.

Gambar dihasilkan adalah baik dengan perincian yang cukup. Penghasilan warna sedikit tawar dengan kepekatan yang sederhana. Ia bergantung kepada citarasi pengguna. Ada yang suka gambar yang terang dan pekat, ada yang suka warna yang lebih natural.

Akan tetapi pada pengamatan saya julat dinamik tidak begitu luas jika anda tidak mengaktifkan fungsi Smart HDR.

Gambar pada waktu malam juga boleh dikatakan baik dengan exposure yang tidak keterlaluan. Masih dapat dilihat kesan hingar dikawasan gelap apabila anda menggunakan Night Mode.

Fungsi Live Focus menghasilkan gambar portret yang baik. Pemisahan latar belakang dan subjek yang baik. Akan tetapi dapat dilihat subjek kehilangan perincian terutamanya dibahagian muka.

Kamera makro adalah yang paling mengejutkan saya. Sebelum ini saya tidak pernah teruja dengan kehadiran kamera makro pada peranti lain di pasaran oleh kerana tidak boleh diharap.

Kamera makro pada Galaxy S10 Lite kali ini dapat mengambil gambar subjek pada jarak dekat dengan jelas.

Bateri Dan Pengecasan Lebih Baik

Memanfaatkan bateri 4,500mAh, peranti dapat bertahan selama 7 jam untuk penggunaan berterusan termasuklah menonton video, memainkan permainan, dan beberapa aplikasi lain.

Dengan saiz bateri yang besar, ia dapat tahan dengan lebih lama berbanging OnePlus 7T atau realme X2 Pro yang purata jangka hayat hanya pada 6 jam.

Namun, untuk pengecasan, S10 Lite hanya disokong dengan pengecasan 25W, mengambil masa sekitar 1 jam untuk pengisian penuh dari 0%.

One UI 2.0, Lebih Ringkas, Lebih Mesra Pengguna

Antara perkara yang paling menarik perhatian adalah animasi baru yang digunapakai pada One UI 2.0 kali ini. Dengan gabungan sistem operasi Android 10, penggunaan nampak lebih lancar dan lebih menarik.

Aplikasi kameranya juga diringkaskan. Tiada lagi mode Instagram seperti sebelum ini, dan mode lain boleh disimpan dalam folder ‘more’.

Samsung turut memperbaharui ciri ‘Device Care’ dengan mempamerkan penggunaan bateri yang lebih terperinci dan kawalan sambungan bersama peranti lain yang lebih luas.

Ciri tema gelap juga diimplemetasikan secara menyeluruh namun ia masih lagi bergantung pada setiap pembangun aplikasi. One UI 2.0 kali ini juga membawakan ciri dimana anda boleh sembunyikan butang ‘back’ dan ‘home’ dengan menggunakan isyarat navigasi.

Pengimbasan Cap Jari Masih Di Tidak Diperbaiki

Jika ditanya apa perkara paling menyakitkan hati tentang S10 Lite ini adalah pengimbas cap jarin dalam skrinnya

Anda boleh menggunakan pangimbasan wajah yang juga tidak tepat dalam keadaan kurang cahaya, sehinggakan penulis terpaksa berpatah balik menggunakan kata laluan ‘pattern‘ yang jauh lebih pantas untuk membuka peranti.

Harga Yang Brbaloi Untuk Flagship Samsung

Pada tanda harga RM2,699, ia dilihat sebuah peranti flagship mampu milik yang kehilangan beberapa ciri flagship. Galaxy S10 Lite tidak mempunyai fungsi kalis air, tiada pengecasan tanpa wayar dan hanya tetapan pembesar suara mono.

Malah binaan peranti ini juga tidak se-eksklusif peranti flagship Samsung yang lain. Kualiti kameranya adalah baik tetapi tidak menakjubkan. Akan tetapi skrin dan cip pemprosesan yang dimiliki oleh peranti ini sudah cukup untuk membuatkannya pembelian yang berbaloi.

 

Teruskan Bacaan

Berita

Ujian Prestasi MediaTek Helio G70 Pada realme C3 Mendapati Ia Lebih Berkuasa Dari Snapdragon 665

Avatar

Ditulis

pada

Helio G70 realme C3

Awal bulan lepas MediaTek telah memperkenalkan cip Helio G70. Ia merupakan cip gaming untuk kelas bajet dan buat pertama kalinya telah dimuatkan dalam peranti realme C3. Peranti ini baru sahaja dilancarkan di India beberapa hari lepas dan telah diuji prestasi membandingkannya dengan peranti yang menggunakan cip Snapdragon 665.

Melalui laman teknologi Beebom, mereka telah berkongsikan hasil ujian prestasi antara Helio G70 pada realme C3 dan Snapdragon 665 pada Xiaomi Mi A3.

Spesifikasi Helio G70 vs Snapdragon 665

  • MediaTek Helio G70

Secara ringkas, MediaTek G70 menggunakan 8 teras dengan 2 pecahan kluster. Ia dibina dengan proses 12nm mempunyai 2 teras utama Cortex-A75 (2.0GHz) dan juga 6 teras jimat tenaga Cortex-A55 (1.7GHz).

Untuk GPU ia menggunakan pemprosesan dari ARM iaitu Mali-G52 pada kelajuan 820MHz bersama-sama teknologi HyperEngine MediaTek.

  • Snapdragon 665

Untuk Snapdragon 665 pula ia menggunakan 8 teras dengan 2 pecahan kluster. Namun ia dibezakan dengan 4 teras utama Kryo 260 Gold Cortex-A73 (2.0GHz) dan juga 4 teras jimat tenaga Kryo Silver Cortex-A53 (1.8GHz).

Bahagian GPU pula, ia menggunakan pemprosesan grafik Adreno 610.

Ujian Prestasi AnTuTu

Ujian prestasi yang pertama dilakukan oleh realme C3 adalah AnTuTu V8. Melalui ujian ini, MediaTek Helio G70 memperlihatkan skor 191731 yang lebih baik berbanding Snapdragon 665 dengan markah 183212. Apa yang menarik adalah Helio G70 mendapat skor lebih tinggi pada bahagian pemprosesan grafik. Ini bermakna bahagian GPU Mali-G52 juga berkuasa dan mampu mengalahkan Adreno 610 pada Snapdragon 665.

Kiri (Xiaomi Mi A3), tengah (realme C3), kanan (vivo U20). Sumber dari: Beebom

Turut dibandingkan adalah markah AnTuTu V8 dari peranti vivo U20. Namun disebabkan Snapdragon 675 lebih berkuasa, ia meletakkan Helio G70 selesa di antara cip Snapdragon 665 dan juga 675.

Ujian CPU Geekbench 5

Ujian prestasi Geekbench 5 menguji prestasi CPU dari segi teras tunggal dan juga multi-teras. Untuk ujian ini, Helio G70 memperoleh skor teras tunggal sebanyak 351 iaitu sedikit tinggi berbanding 301 pada Snapdragon 665. Sebaliknya untuk skor multi-teras pula Snapdragon 665 peroleh sebanyak 1393 yang lebih tinggi berbanding 1256 pada Helio G70.

Kiri (Xiaomi Mi A3), tengah (realme C3), kanan (vivo U20). Sumber dari: Beebom

Untuk skor teras tunggal, Helio G70 menggunakan teras terkini Cortex-A75 berbanding Cortex-A73 pada Snapdragon 665. Jadi, sudah semestinya Helio G70 lebih berkuasa. Namun untuk skor multi-teras pula, Snapdragon 665 mendapat nilai yang lebih tinggi disebabkan penggunaan 4 teras utama berbanding 2 sahaja pada Helio G70.

Boleh dikatakan dari segi prestasi dan penggunaan harian, G70 sedikit lebih pantas dengan penggunaan teras Cortex-A75 yang lebih berkuasa berbanding Snapdragon 665.

Ujian Kecerdasan Buatan AITuTu

Ujian kecerdasan buatan (AI) pada kedua-dua cip ini pula menceritakan kisah yang berbeza. Walaupun Helio G70 dipasarkan dengan ciri kecerdasan buatan yang pantas, skor diperoleh dari prestasi AITuTU pula tidak mengiyakan hal berkenaan.

Kiri (Xiaomi Mi A3), kanan (realme C3). Sumber dari: Beebom

Dari aspek AI, AI Engine Qualcomm pada Snapdragon 665 jauh meninggalkan Helio G70 dari MediaTek.

Ujian Grafik 3DMark

Helio G70 merupakan cip yang memfokuskan kepada gaming. Untuk itu, ujian prestasi grafik diuji untuk membandingkan kekuatan GPUnya dengan Snapdragon 665. Ujian ukur aras melalui Sling Shot Extreme memperlihatkan prestasi GPU Helio G70 sedikit lebih baik berbanding Snapdragon 665.

Kiri (realme C3), kanan (Xiaomi Mi A3). Sumber dari: Beebom

Walaupun hanya sedikit perbezaan antara kedua-duanya, kesemua aspek ujian menunjukkan Mali-G52 lebih berkuasa menjadikannya satu peningkatan prestasi yang sangat berbaik untuk kelas permulaan berbanding Adreno 610.

Relevan Perbandingan Dan Konklusi

Dari keseluruhan perbandingan yang dibuat, kita sudah jelas mengetahui peranti yang menggunakan cip Helio G70 seperti realme C3 adalah lebih berkuasa dari peranti menggunakan Snapdragon 665 seperti Xiaomi Mi A3.

Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan adalah mengenai peranti realme 5i yang baru dilancarkan beberapa minggu lalu menggunakan cip Snapdragon 665. Ia disasarkan untuk kelas pertengahan bajet. Adalah sedikit janggal dari segi pemasaran jika realme C3 yang merupakan kelas permulaan menggunakan Helio G70 yang lebih berkuasa.

Jika sebelum ini realme C2 dipasarkan dengan harga yang rendah bermula RM429, realme C3 juga sudah semestinya akan dijual pada harga sekitar yang sama. Dengan harga jualan yang lebih rendah berbanding realme 5i, pembelian realme 5i dilihat sangat tidak berbaloi untuk pengguna yang mengutamakan prestasi dan juga permainan video.

Apa-apa pun, melihatkan kepada prestasi cip Helio G70 yang sangat berkuasa untuk kelas permulaan ini, kami tidak sabar untuk menantikan harga jualan realme C3 ketika kehadirannya untuk pasaran Malaysia nanti.

*Segala gambar dan hasil ujian adalah dari laman Beebom, anda boleh layari laman web berkenaan untuk membaca sumber asal artikel ini.

Sumber: Beebom

 

Teruskan Bacaan

Ulasan

Perbandingan Kamera iPhone 11 Pro vs Xiaomi Mi Note 10 (Deep Fusion vs Penta Camera)

irfan suhaimee

Ditulis

pada

Beberapa bulan yang lalu, Xiaomi telah melancarkan sebuah peranti yang mempunyai spesifikasi yang luar biasa iaitu Xiaomi mi Note 10. Hadir dengan 5 kamera utama dan juga merupakan peranti pertama yang menggunakan lensa bersaiz 108MP. Namun, masih menjadi tanda tanya apakah ia mampu untuk menandingi fungsi “Deep Fusion” yang telah diperkenalkan pada siri iPhone 11 yang hanya mempunyai lensa bersaiz 12MP.

Kami telah menguji kamera Xiaomi Mi Note 10 dan juga iPhone 11 Pro Max untuk mengetahui akan keupayaan kamera kedua peranti ini. Adakah implementasi “hardware” yang terdapat pada Xiaomi Mi Note 10 mampu mengalahkan implementasi “software” pada iPhone 11 Pro.

Gambar 1

                                             Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                   Gambar dari iPhone 11 Pro

Pada gambar pertama ini, jelas keupayaan Xiaomi Mi Note 10 menghasilkan imej yang lebih jelas terutamanya detail pada bahagian jambatan. iphone 11 Pro pula menghasilkan imej yang mempunyai warna yang lebih pekat.

Gambar 2

                                                Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                       Gambar dari iPhone 11 Pro

Gambar yang kedua pula memperlihatkan keupayaan smart hdr dan juga Deep Fusion yang terdapat pada iPhone 11 Pro kerana ia mampu mencerahkan shadow pada imej berkenaan.

Gambar 3

                                                   Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                      Gambar dari iPhone 11 Pro

Hasil dari gambar ini menunjukkan keupayaan Mi Note 10 dalam menghasilkan gambar yang lebih detail. Namun, iPhone 11 Pro menghasilkan julat dinamik yang lebih cemerlang.

Gambar 4

                                                Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                           Gambar dari iPhone 11 Pro

Pada gambar potrait ini pula memperlihatkan kecemerlangan Mi Note 10 dalam menghasilkan edge detection yang tepat. Walaupun iPhone 11 Pro mempunyai masalah edge detection, namun warna yang dihasilkan lebih pekat.

Gambar 5

                                                    Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                         Gambar dari iPhone 11 Pro

Begitu juga pada gambar ini, iPhone 11 Pro dilihat menghasilkan imej yang lebih pekat dan lebih detail manakala gambar yang dihasilkan Mi Note 10 agak soft dan pudar. Jelas pada gambar ini menunjukkan keupayaan Deep Fusion.

Gambar 6

                                                      Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                         Gambar dari iPhone 11 Pro

Bagi imej potrait pula, Xiaomi Mi Note 10 menghasilkan imej yang agak “soft” dan warna yang agak pudar manakala Iphone 11 Pro Max cemerlang dengan menghasilkan warna yang lebih natural terutamanya warna kulit.

Gambar 7

                                                   Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                        Gambar dari iPhone 11 Pro

Bagi gambar sudut ultra lebar pula, kedua-dua peranti dilihat menghasilkan imej yang jelas dan kemas…perbezaannya hanyalah tona warna di mana tona warna Xiaomi Mi Note 10 lebih warm berbanding Iphone 11 Pro yang menghasilkan warna sejuk.

Gambar 8

                                                     Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                        Gambar dari iPhone 11 Pro

Yang terakhir ialah dari segi zum…di sini sememangnya Xiaomi Mi Note 10 mempunyai kelebihan zum sebanyak 50x…jika dilihat pada imej 10x zoom xiaomi Mi Note 10 lebih jelas berbanding Iphone 11 Pro..namun perbezaannya hanyalah minimal.

Kesimpulannya, implementasi software dilihat amat penting. Pujian untuk Apple kali ini kerana fungsi Deep Fusion dilihat mampu bersaing dengan penta kamera yang digunakan oleh Mi Note 10. Tetapi, implementasi hardware juga penting untuk menghasilkan imej yang detail.

Oleh itu, keduanya harus seimbang dan dijangka siri Samsung S20 bakal hadir dengan lensa yang besar dan software yang cemerlang dan berkemungkinan ia akan diikuti oleh pengeluar peranti yang lain pada bulan ini.

Teruskan Bacaan

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular