Mahu Laptop Anda Tahan Lebih Lama? Boleh Cuba Tips Penjagaan Laptop Secara Fizikal Ini

Cuba anda lihat laptop kepunyaan anda sekarang.

Adakah keadaannya sama seperti sewaktu anda beli dahulu ataupun sudah mula menunjukkan tanda-tanda mahu ditukar dengan yang baru?

Bagi yang mempunyai bajet, ia tidaklah mendatangkan masalah kerana anda bebas menggantikan laptop pada bila-bila masa tetapi bagi yang tidak, mungkin anda perlu melihat kepada cara lain.

Penjagaan laptop secara fizikal amat penting kerana jika terdapat komponen yang rosak, ia bakal memeningkan kepala anda.

Menjaga laptop bukanlah sesuatu yang sukar seperti membaikinya jadi dibawah merupakan serba sedikit tips penjagaan yang mampu membantu meningkatkan jangka hayat laptop anda.

Kawal suhu

Sering kali kita lihat pengguna laptop meletakkan alat elektronik tersebut diatas tilam, sofa dan permukaan yang menghalang haba daripada keluar.

Hal ini boleh menyebabkan sistem pengudaraan laptop tersebut tidak dapat berjalan dengan sempurna dan ia akan menjadi panas.

Jangan sesekali letak laptop ditempat yang terdedah dengan cahaya matahari kerana suhu yang terlampau panas mampu merosakkan komponen dalaman laptop.

Gunakanlah kipas tambahan dan letakkan laptop anda ditempat yang stabil supaya ia dapat bertahan dengan lebih lama.

Jangan guna ketika waktu petir

Menggunakan laptop diwaktu hujan dan petir adalah sangat berbahaya lebih-lebih lagi jika anda mengecasnya.

Dikhuatiri petir akan menyambar kabel eletrik dan menyebabkan arus elektrik bervoltan tinggi mengalir merosakkan peranti anda itu.

Itu sebab orang selalu berpesan supaya mencabut plug barangan eletrik dan jangan gunakan ia semasa hujan dan petir.

Gunakan cecair khas untuk mengelap skrin paparan

Skrin paparan laptop adalah komponen paling berisiko tinggi dan mudah untuk rosak.

Gunakanlah cecair pengelap khas untuk skrin paparan dan jangan sentuh skrin menggunakan objek tajam seperti pen dan sebagainya.

Jangan makan atau minum berhampiran dengan laptop

Ramai yang lakukan perkara ini.

Ia nampak remeh tetapi jika makanan dan minuman tertumpah komponen dalaman laptop pasti terjejas.

Makan dan minum jauh dari laptop, duit anda pun jimat.

Jangan tindih laptop dengan objek berat

Ini biasa terjadi apabila kita meletakkan laptop didalam beg.

Laptop mungkin akan tertindih dengan objek seperti buku yang tebal dan ia boleh mendatangkan kerosakan kepada skrin paparan.

Senang bukan untuk jaga laptop anda?

Perkara-perkara yang disebutkan diatas selalu kita pandang enteng tetapi merupakan faktor penyumbang terbesar kepada masalah laptop anda.

Jadi untuk jimatkan duit, mula gunakan laptop dengan berhemah.

Sumber: Google