Ketahui Apa Sebenarnya PWM Dimming

Sejak beberapa tahun ini, kita sering dijolok dengan frasa "PWM Dimming" dalam beberapa iklan telefon yang dilancarkan. Ia dipromosi bersama angka, seperti 1240Hz dan sebagainya.

Makin tinggi, makin bangga mereka.

Kalau anda perasan, hanya jenama China yang suka iklankannya.

pentingkah pwm dimming

Anda juga mungkin sedar jenama China suka hadir dengan ciri baharu. Tapi, tak semuanya betul-betul berkesan.

Ada sebahagiannya sekadar gimik, ada juga sebenarnya ciri yang ada pada jenama lain tapi cuma dijenamakan dengan nama sendiri.

Mari kita terokai apa sebenarnya PWM Dimming ini.


Ketahui dulu PWM sebelum PWM Dimming


Pertama sekali, PWM ialah singkatan pada Pulse Width Modulation. Mudah kata, ia adalah teknik mengawal kuasa yang masuk ke dalam satu-satu alat elektronik dengan cara hidup dan matikan suis.

Itu asas PWM. Tapi, PWM Dimming pula memang khusus bab paparan/display.
Dimming pula dalam bahasa Melayu bermaksud pemalapan atau kata akarnya, malap.

pentingkah pwm dimming

Okey, apa pula PWM Dimming?


PWM Dimming ialah teknik untuk kawal kecerahan skrin dengan menyalakan dan memadam skrin.

Ia sama seperti anda buka dan tutup suis lampu.

Sifirnya, lebih lama skrin hidup, lebih cerah paparan telefon. Ya, skrin sebenarnya terpadam setiap saat tapi mata anda tidak dapat kesannya.

apa pwm dimming
PWM Dimming = kekerapan skrin berkelip

1Hz bermaksud satu kali skrin hidup dan mati. Jadi, 2160Hz bermaksud skrin menyala dan padam (kelip) sebanyak 2160 kali dalam 1 saat.

Secara teorinya, lebih kerap ia berkelip, lebih bagus untuk mata kita.

PWM Dimming dikatakan sebenarnya lebih berkesan dalam pencahayaan rendah.

Apa maksudnya untuk telefon, macam diiklankan HONOR, realme dan jenama lain?




HONOR Magic5 Pro, realme 10 Pro+ adalah antara telefon yang hadir dengan 2160Hz PWM Dimming. Ia agak tinggi.

Dengan 2160 kali skrin berkelip 1 saat, ia dapat mengurangkan penampakan flickering dalam pencahayaan rendah (kerana terlalu pantas, mata tak dapat kesan).
Semakin tinggi frekuensi PWM, semakin ia tidak dapat dikesan oleh mata (kebanyakan orang).

Kalau angka flickering terlalu rendah, mata akan dapat 'tangkap' dan harus adjust fokus setiap masa. Mata jadi penat bila benda ini berlaku selalu atau lama.



Melalui PWM Dimming yang tinggi, mata pun kurang letih dan lebih selesa kerana tidak dapat kesan kerdipan. Ia seumpama statik.

Selain itu, kadar kecerahan skrin juga dapat diubah dengan lebih lancar, halus dan tepat.

Misalnya, telefon lain ada 1000 tahap kecerahan, tapi telefon yang ada PWM Dimming lebih tinggi ada 2000 tahap.

https://twitter.com/TECHINFO45/status/1662088136468619265?s=20

 

The new 20-second rule: how to tackle screen fatigue and sore eyes | Financial Times Kapsyen: Sumber: Financial Times

Kenapa mata letih kalau PWM Dimming rendah?


Perubahan kecerahan membuatkan mata perlu menyelaraskan semula fokus.

Misalnya, anda dari bilik yang gelap, buka pintu dan terus lihat ruang tamu yang dipenuhi cahaya. Silau, tidak selesa, bukan?

Jadi, perubahan kecerahan melalui flickering ini membuatkan mata letih kerana ia bekerja keras untuk laraskan fokus.


apa pwm dimming Kapsyen: Sumber: Lemmy Morgan


Apabila berlaku dalam jangka masa panjang, timbullah masalah sakit mata, kekaburan, keletihan mata, sakit kepala dan lain-lain.



Namun, setiap orang mempunyai tahap sensitiviti berbeza. Jadi, PWM Dimming tinggi mungkin masih tidak beri kesan pada sesetengah orang.

Apa beza 'refresh rate' dengan PWM Dimming?


Kadar segar semula (refresh rate) berkait dengan imej yang dipaparkan skrin.

PWM Dimming digunakan untuk kawal kecerahan skrin itu sendiri.


Kedua-duanya berbeza.

Semakin tinggi refresh rate, semakin lancar pergerakan dan animasi objek dipaparkan. PWM Dimming pula tidak berikan kesan pada efek animasi dan seumpamanya.

Adakah semua telefon ada PWM Dimming?


apa benda pwm dimming Kapsyen: iPhone 14 Pro Max, HONOR 90 dan Galaxy S23 Ultra. Sumber: Techinfo45


Semua telefon dengan terutama dengan skrin LED ada ciri ini, cumanya rendah atau tinggi ja.

Hanya model dengan angka tinggi saja selalu diiklankan.

{suggest}

Tahukah anda, S23 Ultra yang baru dilancar hanya mempunyai frekuensi PWM setakat 240Hz dan ia tidak dipromosi pun?

  • Samsung S23 Ultra - 240Hz

  • iPhone 14 Pro - 480Hz

  • HONOR 90 Pro - 3840Hz


Betul ke PWM Dimming beri kesan pada mata atau gimik jenama telefon saja?




Secara peribadi, saya tidak nampak beza pun antara telefon yang rendah dan tinggi PWM-nya.

Melalui bacaan saya, anda akan rasa perbezaan jika kerap gunakan telefon dengan kecerahan minimum.

Kalau mata saya dengan jelas dapat kesan beza refresh rate 60Hz dan 120Hz, berbeza pula dengan PWM Dimming. Ia seolah-olah tiada perbezaan.

Bahkan, mungkin ada orang semakin sakit mata dengan PWM Dimming yang tinggi kerana matanya dapat kesan kerdipan yang berlaku.

Perlukah saya beli telefon yang ada PWM Dimming tinggi? Penting ke?


elak keletihan mata akibat skrin Kapsyen: Sumber: John O' Connor Optometrist


Secara teorinya, baguslah kalau telefon itu ada PWM Dimming yang tinggi.

Tapi, bagi saya yang tidak merasakan perbezaan kerana jarang tatal telefon dalam gelap, saya tidak pentingkan ciri ini.

Kalau anda memang rasa telefon sekarang beri rasa rengsa dan sebagainya ketika tatal dalam gelap, mungkin angka PWM Dimming yang diiklankan beri penyelesaian.

10 Tips for Computer Eye Strain Relief

Bahkan, mungkin ada orang semakain sakit mata dengan PWM Dimming yang tinggi kerana matanya dapat kesan kerdipan yang berlaku. Jadi, anda perlu cuba sendiri.

Sumber: Gizmochina, realme, Lemmy Morgan, Sammy Fans