Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirAsia express

airasia xpress Lebarkan Khidmat Hantar Bungkusan Ke Seluruh Malaysia Pada Harga Lebih Berpatutan

Diterbitkan Julai 5, 2022 · Dikemas kini Julai 5, 2022 oleh ariff bukhari

Perkhidmatan penghantaran airasia xpress oleh airasia Super App memaklumkan, mereka kini telah meluaskan perkhidmatannya.

Kini perkhidmatan penghantaran mereka merangkumi antara negeri yang terus ke pintu rumah di antara Lembah Klang dengan bandar-bandar utama di Ipoh, Johor Bahru, Melaka, Pulau Pinang, Kuching, dan Kota Kinabalu.

Pengguna airasia Super App kini boleh membuat penghantaran bungkusan mereka ke seluruh Semenanjung Malaysia (dari Lembah Klang ke Ipoh, Johor Bahru, Melaka dan Pulau Pinang, dan sebaliknya) dalam masa 1 ke 3 hari sahaja

Manakala penghantaran bungkusan di antara Lembah Klang dengan bandar-bandar di Malaysia Timur seperti Kuching dan Kota Kinabalu pula akan dipenuhi hanya dalam tempoh 5 ke 9 hari sahaja dengan kadar paling berpatutan berbanding pemain industri yang lain.

“…perkhidmatan penghantaran di airasia xpress adalah 47% lebih berpatutan berbanding kebanyakan penyedia perkhidmatan dalam pasaran untuk penghantaran di antara Semenanjung Malaysia dengan Malaysia Timur.” Lim Ben-Jie, Ketua Penghantaran airasia Super App.

Berikut adalah langkah mudah menempah khidmat penghantaran airasia xpress melalui aplikasi airasia Super App :

  1. Pilih airasia xpress pada airasia Super App dengan klik pada ikon “Xpress”.
  2. Isikan butiran tempat pengambilan dan tempat hantar penghantaran anda.
  3. Pilih kaedah pembayaran anda.
  4. Sahkan tempahan anda dan cetak nota konsainan anda yang perlu dilampirkan pada item untuk penghantaran.
  5. Tunggu pengambilan anda daripada pasukan Allstar Delivery.

Bersempena dengan itu, airasia Super App menawarkan DISKAUN 20% untuk penghantaran antara negeri dengan menggunakan kod promosi DOMESTIC semasa membuat pembayaran mulai sekarang sehingga 17 Julai 2022 kepada para pelanggannya.

AirAsia express 2

Sumber: Media airasia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY