Mahkamah Putuskan Jual Kotak TV Dengan Kandungan Tanpa Kebenaran Langgar Akta Hakcipta

Masalah cetak rompak dalam negara boleh diibaratkan sebagai barah yang sekian lama menular. Menerusi siaran akhbar yang dihantar oleh Astro kepada kami, buat julung kalinya Mahkamah Tinggi Harta Intelek di Kuala Lumpur memaktubkan bahawa sebarang penjualan, tawaran untuk menjual, pengedaran dan / atau membekalkan kotak TV media atau peralatan perisian penstriman haram ("ISD") yang mengandungi kandungan yang tidak mendapat kebenaran sah hakcipta, merupakan pelanggaran hak cipta di bawah Akta Hakcipta 1987.

Baca juga - Jual Kotak TV Android Haram Boleh Didenda

Ia adalah lanjutan terhadap penjual ISD yang menyediakan aplikasi siaran Astro menerusi internet secara tidak sah atau di laman kandungan penstriman haram.

Memetika siaran akhbar ini, ia merupakan tindakan pertama yang diambil oleh Mahkamah Tinggi Harta Intelek dan diterima baik oleh pihak berwajib serta pemain industri dalam usaha mereka memerangi cetak rompak digital.

Kerugian tahunan yang disebabkan kegiatan cetak rompak digital ini dianggarkan sebanyak RM3 bilion kepada industri media dan hiburan tanah air. Ia juga melibatkan kehilangan sejumlah RM500 juta cukai pendapatan dan mengakibatkan beribu-ribu individu kehilangan pekerjaan.

Baca juga - Astro Bakal Ada Platform Penstriman Terbaru

Keputusan yang dibuat pihak Mahkamah Tinggi Hari ini merupakan susulan dari kes-kes aktiviti jenayah yang dikenakan ke atas penjual ISD sebelum ini.

Pada 8 Februari lalu, seorang Pengarah di sebuah syarikat IT didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Seksyen 41 (1) (ha) Akta Hakcipta 1987 kerana menjual teknologi atau alat bagi maksud memintas langkah perlindungan teknologi. Pada 16 Februari pula, seorang Pengarah wanita yang memilik syarikat aksesori telefon megaku bersalah di atas pertuduhan memiliki beberapa unit Kotak TV Media yang mempunyai aplikasi siaran Astro menerusi internet secara tidak sah.

Baca juga - Pelanggan NJOI Kini Terima Pek Saluran HD Baharu

Tertuduh didenda sebanyak RM30,000 di bawah Seksyen 232(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, menjadikan beliau sebagai pesalah pertama disabit kesalahan menjual peralatan perisian
penstriman haram (ISD).

Sumber: Siaran Akhbar Astro