Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro NJOI

Pelanggan NJOI Kini Terima Pek Saluran HD Baharu

Diterbitkan April 28, 2021 oleh Amsyar Latif

Semalam, Astro telah melancarkan saluran berdefinisi tinggi (HD) baharu menerusi Pek NJOI HD buat pelanggannya.

NJOI HD

Semua pelanggan boleh menikmatinya dengan harga RM15 untuk 30 hari langganan. Terdapat 10 saluran yang menerima peningkatan resolusi HD, iaitu:

  • Astro Oasis
  • Astro Prima
  • Astro Vaanavil, Astro Xiao Tai Yang
  • Astro AEC
  • CCTV4
  • Astro Awani
  • Hello
  • eGG
  • Astro Arena

Selain itu, bagi memudahkan pembelian saluran, aplikasi My NJOI juga ditawarkan. Pelanngan turut dapat menyemak baki akaun atau menerima maklumat baharu berkaitannya di sini. Aplikasi itu sudah tersedia di iOS dan Android mulai hari ini.

My NJOI app screenshot 1
My NJOI app screenshot 2
My NJOI app screenshot 3

Bersempena pelancarannya, dua promosi juga ditawarkan, iaitu:

  • 5000 pelanggan pertama yang beli Pek NJOI melalui aplikasi My NJOI bermula hari ini hingga 31 Julai akan menerima rebat RM10
  • Bagi pelanggan yang beli pek prabayar terpilih menerusi Pek NJOI HD, diskaun RM10 atau rebat RM10 diberikan sebagai sebahagian dari tawaran ‘bundled‘, bermula 30 April hingga 31 Oktober

Sekiranya anda pelanggan baharu dan ingin menikmatinya, kotak NJOI dijual pada harga RM379.

Sumber: Siaran Akhbar Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY