Magic: The Gathering Adakan Pameran VR, Pamer Set Kad Baharu Kamigawa: Neo Dynasty

Magic: The Gathering merupakan sebuah permainan kad strategi yang mempunyai lebih daripada 40 juta pemain seluruh dunia. Terbaru, permainan tersebut melancarkan set baharu, Kamigawa: Neon Dynasty. Di samping itu juga, mereka turut mengadakan Pameran Seni Visual Magic: The Gathering yang mengumpulkan sebanyak 83 artis yang melukis kad Dunia Kamigawa: Neon Dynasty ini.

Pameran ini akan dibuka pada 18 Februari 2022 kepada umum melalui realiti visual (VR). Anda boleh menyertai pameran ini dari rumah menggunakan komputer (Windows) menggunakan pautan ini.



Pameran ini diadakan untuk beberapa negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand. Melalui pameran ini juga, anda boleh menikmati elemen permainan serta seni Kamigawa: Neon Dynasty ini melalui VR. Anda juga boleh berbual bersama peserta lain dari seluruh dunia menggunakan peranti VR atau komputer anda dari rumah sahaja.

Pengunjung juga akan merasai 5 tahap berbeza ketika mengunjui dunia Magic ini. Bermula dengan mendalami seni kad, evolusi pengalaman dunia vitual, pengalaman Seni 3D, keluaran umum hasil seni dari Studio World Guide dan akhir sekali ialah himpunan komuniti di dunia Magic.



Bukan itu sahaja, anda juga boleh memenangi hadiah poster bersaiz B2 yang ditandatangani oleh  Tetsuo Hara, antara artis yang melukis kad Kamigawa: Neon Dynasty ini. Untuk menjadi antara 5 pemenang ini, anda hanya perlu ikut 2 langkah mudah ini iaitu melihat kesemua 134 kad dari 18 hingga 24 Februari 2022 dan isi borang di laman kempen istimewa pada pautan ini.



Jadi jangan lepaskan peluang untuk menjadi pemenang disamping menikmati hasil seni kad Magic: The Gathering, Kamigawa: Neon Dynasty.

https://www.youtube.com/watch?v=7qN25dtBEw0&t=80s

Sumber: Siaran akhbar Magic

Baca juga: