Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cooler master monitor

Alternatif OLED, Cooler Master Lancar Monitor Mini LED Pertama Mereka

Diterbitkan Februari 17, 2022 oleh Amsyar Latif

Monitor dengan panel OLED sememangnya mahal. Disebabkan itu, panel mini LED menjadi alternatif kepadanya dan panel seperti ini juga masih belum banyak di pasaran.

Oleh itu, Cooler Master mengikuti jejak langkah jenama lain dengan melancarkan monitor Cooler Master GP27-FQS yang mana ia monitor mini LED pertama mereka.

Hadir dengan panel IPS berteknologi mini LED, monitor ini menawarkan skrin seluas 27 inci dengan resolusi QHD atau 2K (2560×1440). Mampu memberikan 100% Adobe RGB, 97% DCI-P3 dan 83% BT2020.

Alternatif OLED, Cooler Master Lancar Monitor Mini LED Pertama Mereka
Alternatif OLED, Cooler Master Lancar Monitor Mini LED Pertama Mereka

Bersamanya lagi, kecerahan bagi SDR adalah sebanyak 600nits dan menjangkau ke 1200nits bagi paparan HDR. Malah, ia juga mempunyai penarafan DisplayHDR1000.

Memandangkan ia disasarkan buat gamer, monitor ini lengkap dengan kadar segar semula 165Hz bersama masa tindak balas serendah 1ms. Turut menyokong Adaptive-Sync menerusi FreeSync Premium.

Bukan hanya untuk PC, pemilik konsol PS5 atau Xbox Series S/X juga boleh tertawan dengannya. Ini kerana terdapat 2x HDMI2.1(48G), 1x DP1.4 dengan sokongan DSC, 1x USB-C (90W PD), 1x USB-B, 2x USB-A dan 2x pembesar suara 2W.

Jika ada yang tidak gemar dengan “kaki” monitor Cooler Master itu, ia turut menyokong VESA 100x100mm. Harga jualannya tidak begitu keras di mana bernilai USD699 (~RM2926).

Sumber: cooler master

Baca juga:

  • Xiaomi Mi 2K Gaming Monitor 27″ Dengan QHD 165Hz Diperkenalkan Berharga RM1,699

  • Ke Tepi Monitor 1080p 360Hz, Monitor 1440p 360Hz Kini Jadi ‘Standard’ Baharu Untuk Gaming

  • Acer Perkenal Projektor 4K Dan Dua Monitor Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY