Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

MacBook Air Mungkin Akan Diberi Nafas Baharu, Skrin Bertakuk Dan Guna Cip M2

Posted on Oktober 25, 2021

Minggu lalu, Apple telah mengemaskini model MacBook Pro mereka menerusi rekaan yang banyak port, ada takuk, kembalinya MagSafe dan juga cip janaan M1 Pro atau M1 Max.

Selesai acara Apple tersebut, bermakna kita akan berjumpa produk mereka yang baharu pada tahun hadapan. Menurut Jon Prosser dengan kerjasama Ian Zelbo, mereka mendedahkan rupa bentuk MacBook Air yang akan diberi nafas baharu.

MacBook Air dengan cip M1 mula diperkenalkan tahun lalu dan komputer tersebut telah banyak membuat kejutan kepada ramai individu atas faktor tahap prestasi yang diberikan.

Namun, melalui MacBook Air baharu nanti, Jon Prosser mendakwa ia bakal mempunyai paparan seperti MacBook Pro yang telah dilancarkan tempoh hari.

Bermakna, ia hadir dengan skrin bertakuk dan bezel berwarna putih serta lebih nipis. Selain itu, Jon juga mengatakan MacBook Air tersebut akan dilengkapi MagSafe tetapi tidak kelihatan penawaran slot pembaca kad mikroSD atau HDMI.

Mungkin disebabkan model ini bukan disasarkan buat pengguna profesional yang mahu menyunting gambar atau video. Tambahan lagi, dijangka Apple turut memperkenalkan cip M2 yang akan menguasakan MacBook Air ini.

Sumber: FPT

Baca juga:

  • iOS 15.1 – Ini Apa Yang Baharu

  • Harga Pelitup Muka RGB Razer Diumum – Razer Zephyr

  • Apple Lancar AirPods Gen 3 – Rupa Macam AirPods Pro, Harga Mampu Milik

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress