Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Zephyr

Harga Pelitup Muka RGB Razer Diumum – Razer Zephyr

Diterbitkan Oktober 22, 2021 oleh Amsyar Latif

Awal tahun ini, Razer memperlihatkan pelitup muka mereka dengan kod nama Projek Hazel. Pelitup muka tersebut yang kemudiannya diberi nama Razer Zephyr.

Walaupun wabak COVID-19 dijangka akan diumumkan sebagai endemik nanti tetapi langkah berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka amatlah digalakkan serta menjadi satu kebiasaan nanti.

Berbalik pada Zephyr, Razer kini akhirnya melancarkannya secara rasmi dimana pelitup muka tersebut dijual pada tanda harga USD99.99 (~RM416). Jika diikutkan, tanda harga tersebut agak mampu milik.

Harga Pelitup Muka RGB Razer Diumum – Razer Zephyr

Hal ini kerana LG Puricare juga dijual sekitar ~RM700. Razer Zephyr didatangkan tiga penapis gred N95 yang dianggarkan bertahan sehingga 9 hari. Namun, pengguna boleh membeli penapis tersebut untuk 33 set pada harga USD149.99 (~RM623).

Ia menawarkan rekaan lut sinar dengan anti-kabus, dilengkapi mikrofon dan pembesar suara untuk memudahkan ketika perbualan dan sudah pasti pencahayaan RGB Chroma yang menjadi identiti Razer.

Bagaimanapun, Razer Zephyr hanya terhad buat pasaran Amerika Syarikat sahaja pada masa ini dan berkemungkinan tidak ditawarkan di Malaysia.

Ini mungkin disebabkan permintaan yang tinggi dan kekurangan bekalan. Malah, sebelum ini juga dilaporkan pelitup muka tersebut dijual dalam kuantiti terhad.

Sumber: Razer

Baca juga:

  • Elak Penipuan dalam Talian, Digital ID Akan Dilaksana Sepenuhnya Pada 2024

  • PUBG: New State Akan Rasmi Untuk iOS Dan Android November Ini

  • Ini Cadangan Kesatuan Eropah Untuk Seragamkan Pengecasan Peranti

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY