Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
camera xperia pro-i (2)

Xperia PRO-I Boleh Dipra-Tempah Semurah RM7,199

Diterbitkan November 15, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Sony Xperia Pro-I kini telah tersedia untuk dipra-tempah di laman rasmi Sony Malaysia mulai hari ini pada harga RM7,199. Pelanggan juga akan mendapat memori kad sebesar 256GB, kerangka dan pelindung skrin secara percuma.

Selain telefon itu sendiri, Sony Malaysia juga turut menawarkan pra tempah untuk dua kelengkapan lain seperti set monitor dan sebagainya pada harga RM7,718.00 dan RM8,890.

Xperia Pro-I

Telefon yang memfokuskan kamera dan pengalaman fotografi ini dilengkapkan dengan Snapdragon 888, 12GB RAM, storan dalaman 512GB, bateri 4500mAh, serta skrin 6.5 inci OLED 4K 120Hz.

Untuk skrin, Sony melengkapkannya dengan skrin OLED bersaiz 6.5 inci dengan resolusi 4K bernisbah 21:9 dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga kalis air dan debu dengan spesifikasi IPX5/IPX8 dan IP6X.

Sony Xperia Pro-I hadir dengan lensa utama 12MP dengan Exmor RS, 12MP ultra-lebar (16mm, F2.2) dan 12MP telefoto (50mm, F2.4). Untuk lensa hadapan pula 8MP. Manakala dari segi kemampuan video, ia boleh merakam format 12-bit RAW pada resolusi 4K sehingga 120fps.

Baca juga:

  • Xperia Pro-I – Telefon Yang Hadir Dengan Sensor Kamera 1 inci
  • Sony Xperia Pro-I Akan Ditawarkan Buat Pasaran Tempatan
  • Amerika Syarikat Halang Intel Tingkatkan Pengeluaran Cip di China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY