Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Logitech Lancar Papan Kekunci Permainan Dan Tetikus Berprestasi Terbaru, Harga Dari RM689

Logitech Lancar Papan Kekunci Permainan Dan Tetikus Berprestasi Terbaru, Harga Dari RM689

Diterbitkan September 7, 2023 · Dikemas kini September 7, 2023 oleh ariff bukhari

Logitech menerusi jenama Logitech G melancarkan barisan Siri PRO terbaru mereka iaitu Papan Kekunci Permainan Logitech G PRO X TKL LIGHTSPEED dan Tetikus Permainan Logitech G PRO X SUPERLIGHT 2.

Perkakasan berprestasi ini adalah hasil daripada kerjasama Logitech dengan ratusan atlet e-sukan profesional paling mahir di dunia sepanjang 3 tahun lalu.

Logitech Lancar Papan Kekunci Permainan Dan Tetikus Berprestasi Terbaru, Harga Dari RM689

Antara ciri utama Papan Kekunci Permainan Logitech G PRO X TKL LIGHTSPEED ini adalah Kekunci Hibrid LIGHTFORCE, teknologi kekunci optik-mekanikal hibrid baharu.

Manakala Tetikus Permainan Logitech G PRO X SUPERLIGHT 2 pula dilengkapi Sensor HERO 2 serba baharu dengan kemampuan menjejak lebih 500 inci sesaat dan sehingga 32,000 DPI.

Papan kekunci permainan wayarles PRO X TKL dijual pada harga RM799 dan tetikus permainan PRO X SUPERLIGHT 2 pula berharga RM689.

Pelancaran produk baharu ini sekaligus melengkapkan barisan siri PRO di mana  Set Kepala Permainan Logitech G PRO X 2 LIGHTSPEED telah pun dilancarkan pada awal tahun ini yang berharga RM1,099.

Kesemua produk terbaru Logitech ini sudah pun ditawarkan di stor rasmi Logitech di Shopee dan Lazada.

Berkaitan

  • Logitech MX Anywhere 3S - Tetikus 'Flagship' Untuk Produktiviti, Padan Dengan Harga
  • ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"
  • Khabar Angin Apple Akan Keluarkan Macbook Versi "Mampu Milik" Pada 2024 Tersebar Kencang

Sumber: Siaran media Logitech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
©2026 WISER.MY