Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Khabar Angin Apple Akan Keluarkan Macbook Versi “Mampu Milik” Pada 2024 Tersebar Kencang

Khabar Angin Apple Akan Keluarkan Macbook Versi “Mampu Milik” Pada 2024 Tersebar Kencang

Diterbitkan September 7, 2023 · Dikemas kini September 7, 2023 oleh Pen Analogi

Khabar angin yang mengatakan bahawa Apple akan mengeluarkan Macbook versi ‘mampu milik’ pada 2024 kini telah tersebar kuat dalam sehari dua lepas.

Portal Digitimes beberapa hari lepas mengeluarkan artikel yang mengatakan bahawa sumbernya telah memberitahu Macbook ‘mampu milik’ mungkin akan dikeluarkan oleh Apple seawal separuh kedua tahun hadapan.

Menurutnya lagi, produk terbaru itu akan mempunyai bentuk badan yang sama seperti Air dan juga Pro namun akan dibina dengan material berbeza. Nota kaki, badan Air dan Pro dibina dengan aloi aluminium. Namun hanya setakat itu maklumat yang diberikan oleh DigiTimes.

Berkaitan

  • Cara Menyemak Keaslian Peranti Apple Secara "Online"
  • "Jangan Letak iPhone Di Bawah Bantal Ketika Dicas" - Apple
  • Apple, Google, NVIDIA, AMD Berminat Melabur Dalam ARM

Andaian tarikh separuh kedua tahun 2024 pula dibuat berdasarkan kurangnya aktiviti di kilang-kilang pengeluaran Apple seperti Foxxcon dan Quanta Computer sekarang; yang bermakna pelancaran pada separuh pertama tahun 2024 adalah mustahil.

Tapi, memandangkan kita semua mengenali Apple being Apple, maksud ‘mampu milik’ itu agak sukar untuk diimaginasikan memandangkan Macbook Air 2023 pun dimulakan dengan harga RM4,399. Jadi, mungkinkah harga ‘mampu milik’ yang dimaksudkan sekitar ~RM2500? Dengan harga ini, sukar untuk bertanding dengan laptop mampu milik Chromebooks yang berharga sekitar RM1,500.

Pada pandemik lalu, hasil jualan Chromebook melonjak naik dari 13.9 juta unit pada 2019 kepada 30.4 juta unit pada 2020 kemudian 33.5 juta unit pada 2021 yang menunjukkan peranti itu popular dalam kalangan pelajar dan industri pendidikan.

Sumber: Digitimes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY