Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Liputan Jalur Lebar 4G Di Melaka Semakin Meluas

Posted on Mac 3, 2022

Penduduk Melaka pada ketika ini sangat bertuah kerana dapat menikmati liputan jalur lebar 4G yang tinggi dan lancar. Pada awal tahun 2020, kadar liputan jalur lebar 4G di Melaka ialah 95.50 peratus tetapi nilai tersebut telah pun meningkat kepada 99.63 peratus pada penghujung tahun 2021.

Hal ini berlaku kerana, perlaksanaan pelan Jalinan Digital Malaysia (JENDELA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), syarikat Melaka ICT Holdings dan juga penawar khidmat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis dan lain-lain.

Inisiatif ini merangkumi pembinaan 29 menara telekomunikasi baru dan 502 kerja naik taraf di seluruh kawasan Negeri Melaka.

Kesannya, Melaka mencatatkan peningkatan purata kelajuan jalur lebar kepada 33.34 Mbps berbanding 19.89 Mbps pada awal tahun 2020.

Tambahan lagi, hasil yang memberangsangkan daripada pelan JENDELA ini telah membawa kepada penambahan lagi 30 menara baharu dan 144 stesen pemancar yang sedia ada akan dinaik taraf kepada 4G.

Setakat ini, sebanyak 240,877 atau 86.3 peratus premis peniagaan termasuk perumahan telah menikmati kelebihan gentian optik berkelajuan tinggi.  Perkara ini melibatkan perlaburan berjumlah RM637 juta dari pihak industri dan kerajaan.

Sungguh beruntung orang Melaka kerana dapat menikmati kelebihan jalur lebar 4G secara meluas di negeri mereka bagai “bulan jatuh ke riba”.

Sumber: Bernama

Baca juga:

  • SKMM: Johor Bahru Rekod Aduan Tertinggi Berkenaan Kualiti Rangkaian 4G
  • Perbandingan Kelajuan 4G Dan 5G Di Tiga Lokasi Berbeza

  • Opensignal: Liputan Makin Meluas Tapi Pengalaman Guna 4G Di Malaysia Masih Lemah

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress