Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Liputan 5G Kini Sudah Tersedia Di 4 Daerah Di Negeri Terengganu

Liputan 5G Kini Sudah Tersedia Di 4 Daerah Di Negeri Terengganu

Diterbitkan Mac 15, 2023 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, sebanyak 53 menara 5G telah berjaya dibina di dalam Negeri Terengganu.

Menerusi menara-menara itu, ia telah mula memberikan kemudahan perkhidmatan liputan 5G kepada orang ramai di 4 buah daerah di dalam negeri tersebut iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman.

MCMC menyatakan, mengikut perancangan, pihak Digital Nasional Berhad (DNB) akan memasang peralatan komunikasi 5G di 178 lokasi di Terengganu untuk tahun 2023 ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh Pengarah Negeri MCMC Terengganu, Tuan Haji Zahari Ismail dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Terengganu (“JITNT”) hari ini.

Dalam mesyuarat itu beliau turut memaklumkan, daripada 65 buah menara JENDELA Fasa 1, sebanyak 46 buah menara telah siap dibina, 10 buah menara telah mula beroperasi, dan 7 buah menara disasarkan mula memberikan perkhidmatan pada akhir bulan April 2023.

Berkaitan

  • Perluasan Liputan 5G Akan Membolehkan Harga Internet Diturunkan - Menteri
  • Hanya 1% Pengguna 5G Di Malaysia - GSMA
  • Malaysia Kekurangan Jurutera, Keyakinan Pelajar Malaysia Terhadap Sains Menurun Drastik - Kajian

Sumber: Dr. Mamad Puteh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY