Malaysia Kekurangan Jurutera, Keyakinan Pelajar Malaysia Terhadap Sains Menurun Drastik - Kajian

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendedahkan, sehingga Disember 2022, dianggarkan seramai 172,900 jurutera siswazah, 5,900 jurutera profesional, dan 9,100 jurutera profesional dengan sijil amalan telah didaftarkan dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

Walaubagaimanapun jumlah itu adalah kecil dibandingkan dengan populasi rakyat Malaysia yang berjumlah 32.7 juta di mana hanya terdapat seramai 187,900 jurutera sahaja berdaftar secara rasmi di Malaysia.

Menurut BEM, pada tahun 2022 juga nisbah jurutera kepada penduduk Malaysia ialah 1:170.

Sebagai perbandingan, nisbah jurutera kepada penduduk di negara maju seperti Jerman dan Perancis adalah 1:100.

Angka itu sekaligus menunjukkan bahawa masih terdapat permintaan yang tinggi untuk profesion jurutera di Malaysia dalam usaha ke arah mencapai status negara pengeluar teknologi.

Namun begitu kajian yang dibuat mendapati, minat dan penghayatan pelajar Malaysia terhadap sains yang tinggi selama ini, kini mempunyai keyakinan yang sangat rendah terhadap sains dan ia telah menurun secara drastik selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Justeru, MOSTI bersama agensi Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) menekankan keperluan lebih ramai jurutera untuk membantu negara mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke arah membina masa depan yang lebih mampan untuk rakyat.

{suggest}

Sumber: MOSTI