Produk OEM Tak Ada Kualiti? Ketahui Apa Sebenarnya Produk OEM

OEM, atau Original Equipment Manufacturer, ialah istilah produk yang paling kerap didengar dalam dua industri - automotif dan IT.

Pada mulanya, ia dikaitkan dengan syarikat yang mengeluarkan produk yang kemudiannya dijual semula atau dijenamakan semula oleh syarikat lain.

Walau bagaimanapun, makna istilah ini semakin meluas dari semasa ke semasa, dan boleh merujuk kepada perkara yang berbeza.

Sebagai contoh, OEM boleh merujuk syarikat yang mengeluarkan komponen sebenar yang digunakan oleh syarikat lain untuk membina keseluruhan sistem.

Ada juga syarikat yang menjenamakan semula produk syarikat lain dan menjualnya kepada pengguna akhir.

Bagaimana OEM berfungsi?


OEM juga dikaitkan dengan industri perisian. Apabila syarikat pengilang PC seperti Dell dan HP membina PC, mereka menyediakan sistem pengendalian (OS) kepada pengguna akhir.



OS ini tidak dibangunkan oleh syarikat perkakasan tetapi sebenarnya adalah produk syarikat lain iaitu Microsoft.

Dalam kes ini, Microsoft dipanggil OEM, manakala PC dijual sebagai Dell atau HP.

Bagaimana produk OEM dibina, dikongsi dan dijual semula?


Biasanya sebelum mengeluarkan sesuatu produk, syarikat akan memikirkan cara terbaik untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Mereka akan menilai beberapa pilihan seperti sama ada untuk membeli, mengeluarkan, membina atau bekerjasama dengan seseorang untuk mereka bentuk sesuatu produk.

Melalui kerjasama dengan OEM, sesebuah organisasi boleh meminimumkan pelaburan dalam pembuatan dan mengurangkan kos pengeluaran dan bahan sambil memperoleh kepakaran dalam reka bentuk produk serta kitaran hayat produk yang lebih pendek.

{suggest}

Sambil menumpukan pada kecekapan teras mereka, syarikat masih boleh membina produk menggunakan barisan komponen terbaik.

Dalam hal ini, OEM tidak melakukan apa-apa tambahan kepada produk, dan sesetengahnya hanya menjenamakan produk dengan logo mereka.

OEM lain pula hanya membekalkan komponen dan tidak menjual apa-apa di bawah jenama mereka.

Walau bagaimanapun, banyak syarikat melakukan kedua-duanya dan ada yang menjual produk secara langsung kepada pelanggan.

OEM dalam pembuatan 'hardware'


Dalam industri perkakasan, OEM biasanya merujuk kepada syarikat yang membina produk yang direka untuk pengguna akhir, seperti PC, komputer riba atau pencetak.

Sebagai contoh, Apple, HP, dan Dell adalah contoh pengeluar asli hardware.

produk oem Kapsyen: Sumber: 9to5Mac


Perkakasan OEM, sebaliknya, adalah istilah untuk bahagian yang membentuk 'hardware'.

Ini termasuk pemproses, kipas, papan induk, cip memori, pemacu keras dan banyak lagi yang berkaitan.

Syarikat yang membina komponen ini pula biasanya menjualnya sebagai perkakasan OEM kepada OEM.

Walaupun komponen-komponen tadi boleh dijual kepada individu sebagai produk runcit, perkakasan OEM biasanya lebih murah daripada peruncit.

Tambahan lagi, perkakasan OEM jarang disertakan dengan sokongan pelanggan, mempunyai tempoh waranti yang singkat (jika ada), dan biasanya tidak mempunyai beberapa bahagian yang diperlukan untuk menggabungkannya dengan komponen lain dalam apa jua sistem yang dibina.

Ini kerana perkakasan OEM direka khusus untuk OEM dan pengeluar tersebut dijangka menambah perkara seperti waranti, sokongan teknologi dan komponen lain apabila mereka membina sistem yang lengkap dan menjualnya kepada pengguna akhir.

OEM dalam pembuatan perisian


Contoh OEM dalam perisian ialah apabila pengeluar seperti HP, Dell dan Samsung membeli Windows sebagai perisian OEM daripada Microsoft dan kemudian menggabungkannya bersama-sama dengan PC atau komputer riba yang mereka keluarkan.

Windows ialah contoh perisian OEM yang paling sering digunakan oleh pihak yang membina PC mereka sendiri.

produk oem Kapsyen: Sumber: Expert Reviews


Biasanya apabila membeli perisian ini, anda biasanya hanya diberikan satu pakej yang mengandungi perisian dan kunci pelesenan sahaja, yang mana ia tidak hadir dengan sebarang dokumentasi atau sokongan teknologi (tech support).

Perisian OEM biasanya dilesenkan berdasarkan setiap sistem, yang bermaksud anda tidak boleh memasangnya pada komputer lain.

Dalam erti kata lain, versi OEM Windows terikat pada binaan komputer tertentu yang anda pasangkan - biasanya pada papan induk.

Ini merupakan salah satu risiko apabila membeli produk OEM. Kosnya rendah namun mungkin perlu membeli perisian baru apabila hendak mengganti PC atau menambah baik papan induk.

Apa beza OEM dan ODM?


ODM, atau Original Design Manufacturer mengeluarkan peralatan, bergantung pada spesifikasi produk atau reka bentuk yang dikeluarkan oleh syarikat lain.

OEM pula bebas untuk menghasilkan peralatan berdasarkan spesifikasi dan reka bentuknya sendiri, dan peralatan pembuatan tersebut mengandungi jenama dan logo OEM.

Sebaliknya, ODM mesti mengikut reka bentuk yang ditentukan oleh syarikat yang mempunyai sumber luar pembuatan kepada ODM.

Peralatan yang dikeluarkan mengandungi jenama dan logo syarikat sumber luar dan bukannya ODM.

Kelebihan utama ODM ialah kos pengeluaran yang rendah yang dikatkan dengan sumber luar.

Kenapa produk OEM lebih murah?


Produk daripada OEM biasanya lebih murah disebabkan kerjasama syarikat dengan pihak lain untuk mengeluarkan barangan dalam jumlah yang banyak.

Oleh itu, kedua-dua harga dan masa pengeluaran dikurangkan dengan banyak.

Walau bagaimanapun, perlu dititikberatkan beberapa perkara apabila membeli produk OEM.

Antaranya jika lebih murah dan menyampaikan ciri dan prestasi yang sama, anda mungkin tidak menerima beberapa kelebihan lain seperti sokongan teknologi, yang biasanya dikendalikan oleh syarikat PC.

Rumusan


Itu sahaja yang perlu anda tahu tentang produk OEM.

Pendek kata, produk OEM selamat untuk dibeli dan selalunya lebih murah, tetapi ada kekurangan dari segi sokongan teknologi dan waranti.

Sumber: MUO, Sunpower Electronics

Berkaitan