LG Velvet Bakal Jadi Peranti LG Seterusnya Selepas Pengakhiran Siri "G/V"

LG kini rasmi tidak lagi menggunakan penjenamaan berasaskan abjad atau angka. Dengan kata lain, akan tiada lagi siri G, dan mungkin juga siri V.

Namun, ia bukannya pengakhiran terus dari jenama itu kerana selepas ini mereka akan gunakan nama yang unik untuk setiap peranti yang dilancarkan. Untuk model pertama yang menggunakan penamaan unik ini, ia diberi nama LG Velvet.

LG VELVET Logo

Peranti ini akan memfokuskan kepada rekaan simetri yang selesa untuk digenggam. Menurut LG juga, penjenamaan baharu ini akan lebih menfokuskan fungsi berbanding spesifikasi dan akan membantu mereka lebih menyerlah dalam lautan jenama peranti pintar yang lain. Dengan hanya menukar penjenamaan yang baharu, tiada jaminan LG akan lebih berjaya dalam industri pasaran peranti pintar.

Namun, dalam masa yang sama, kami sedikit teruja kerana tiada lagi nama ThinQ yang akan hadir di belakang nama peranti LG selepas ini. Buat masa ini, LG masih belum mengumumkan lagi tarikh pelancaran model LG Velvet ini.

Sumber: LG