LG V60 ThinQ Hadir Dengan Dwi-Skrin Dan Dijana Cip Pemprosesan Snapdragon 865

Hari ini, syarikat LG Electronics (LG) memperkenalkan LG V60 ThinQ 5G peranti siri V yang terbaru keluaran daripadanya. Telefon pintar ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 dan modem Qualcomm X55 bagi sokongan rangkaian 5G.

Seperti sebelum ini, LG V60 ThinQ membawakan penambahan aksesori untuk dijadikan dwi-skrin yang boleh dilipat. Peranti ini mempunyai skrin OLED bersaiz 6.8 inci FHD+ dan 2.1 inci untuk notifikasi. Panel skrin yang digunakan juga mempunyai ketahanan Gorilla Glass 5 dan pengimbas cap jari.

LG V60 ThinQ

Untuk memori ia menggunakan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB/256GB. Bagi kamera pula ia mempunyai 3 lensa - 64MP utama, 13MP sudut lebar dan ToF (Time of Flight) yang berupaya untuk merakam rakaman video 8K. Manakala kamera swafoto pula adalah 10MP.

LG V60 ThinQ

Selain itu, telefon pintar ini dilengkapi dengan kalis air dan habuk IP68, pembesar suara stereo dan pengecasan tanpa wayar. Bateri pula berkapasiti 5000mAh dan menyokong sistem operasi Android 10. Peranti ini didatangkan dengan dua warna iaitu Classy Blue dan Classy White dan bagi aksesori penambahan skrin ditawarkan dengan warna hitam dan putih.

https://www.youtube.com/watch?v=cMv4x_jyHHI&feature=youtu.be

LG V60 ThinQ 5G akan dilancarkan pada pasaran utama di Amerika Utara, Eropah dan Asia mulai bulan hadapan. Setakat ini tiada lagi maklumat lanjut mengenai harga bagi peranti peranti ini.

Dalam masa itu, anda boleh lihat video pengalaman kami menggunakan LG V50 ThinQ di acara MWC tahun lepas.

Sumber : LG NewsroomÂ