LG Umum Model Baharu K61, K51S, Dan K41S - Kesemua Skrin Bersaiz 6.5 Inci Dan Bateri 4000mAh

Siri K dalam keluarga LG merupakan peranti kelas pertengahan. Berbanding dengan kelas flagship seperti siri G dan juga V, harganya lebih berpatutan dengan spesifikasi lebih rendah. Hari ini jenama tersebut mengumumkan 3 model baharu iaitu K61, K51S, dan K41S.

Kesemua model tersebut menggunakan skrin bersaiz 6.5 inci, sokongan ketahanan MIL-STD 810G, dan juga bateri berkapasiti 4,000mAh. Model yang paling premium adalah K61 diikuti oleh K51S, dan K41S.

LG K61


Peranti ini dikuasakan oleh cip 8 teras 2.3GHz yang tidak dinyatakan. Skrinnya mempunyai nisbah 19.5:9 FHD+ dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB/128GB.  Untuk kamera ia mempunyai 4 lensa - 48MP utama + 8MP sudut lebar + 2MP makro + 5MP depth.  Manakala kamera swafoto pula adalah 16MP.


LG K51S


Peranti ini mempunyai resolusi lebih rendah pada HD+ yang sedikit memanjang dengan nisbah 20:9. Untuk memori ia menggunakan 3GB/32GB. Kamera pula 4 lensa - 13MP utama + 5MP sudut lebar + 2MP makro + 2MP depth. Swafoto pula adalah 8MP. Cip yang digunakan pula adalah sama dengan LG K61 iaitu 8 teras 2.3GHz.


LG K41S


LG K41S merupakan model spesifikasi paling rendah dengan cip 8 teras 2.0GHz. Ia menggunakan 3GB RAM dan juga storan dalaman 32GB. Untuk kamera, terdapat 4 lensa iaitu 13MP utama + 5MP sudut lebar + 2MP makro + 2MP depth. Swafoto pula adalah 8MP. Paparan peranti adalah sama dengan LG K51S yang menggunakan nisbah 20:9 dengan resolusi HD+.



Kesemua peranti menggunakan sambungan USB Type-C, Bluetooth 5.0, NFC dan juga didatangkan dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

LG akan mula memasarkan model-model ini pada suku kedua 2020 bermula dengan A.S. Pasaran seterusnya pula adalah di negara Eropah dan Asia. Untuk harga, ia tidak dinyatakan buat masa ini.

Sumber: LG