Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Mula Masuk Arena Laptop Gaming, UltraGear 17G90Q Jadi Model Pertama

LG Mula Masuk Arena Laptop Gaming, UltraGear 17G90Q Jadi Model Pertama

Diterbitkan Januari 7, 2022 oleh Meor Hasyim

Selain membuat mesin basuh, jenama LG juga bukan nama yang asing dalam pengeluaran komputer riba. Seperti contoh, LG Gram adalah merupakan model komputer riba mereka yang sangat popular.

Walaupun di Malaysia jarang nampak komputer riba LG Gram ini, di luar negara ia sangat dikenali kerana penawaran yang nipis, ringan dan berkuasa.

Namun begitu, apa yang pasti syarikat ini sememangnya tidak pernah menghasilkan komputer riba gaming, sehinggalah baru-baru ini.

Melalui acara CES 2022, LG telah memperlihatkan komputer riba gaming mereka yang pertama – LG UltraGear 17G90Q.

LG Mula Masuk Arena Laptop Gaming, UltraGear 17G90Q Jadi Model Pertama

Jika anda perasan, UltraGear adalah penamaan yang sering digunakan pada produk gaming mereka seperti monitor. Nama ini kemudiannya turut digunakan pada komputer riba gaming pertama mereka.

Dengan UltraGear 17G90Q, ia menyertakan paparan 17.3 inci WQXGA IPS yang menyokong kadar segar semula 300Hz.

Apa yang agak janggal adalah LG masih lagi menggunakan cip Intel Tiger Lake Gen-11 sedangkan cip Intel 12-Gen yang terbaharu sudah tersedia digunakan untuk pengeluar.

Kad grafik pula dikuasakan Nvidia GeForce RTX 3080 Max-Q dipadankan dengan sokongan RAM hingga 32GB dan 1TB M.2 NVMe SSD.

LG Mula Masuk Arena Laptop Gaming, UltraGear 17G90Q Jadi Model Pertama

Antara ciri lain, UltraGear 17G90Q akan dimuatkan dengan sistem penyejukan kebuk wasap, pengimbas cap jari terbina, dan Wi-Fi 6E.

Buat masa ini komputer riba ini belum lagi mendapat tanda harga jualan rasmi.

Rujukan: Ubergizmo

Baca juga:

  • Bajet Ada Sekian-Sekian, Model Laptop Mana Yang Sedap?
  • 8 Jenis Komputer Riba Berkuasa Diumum ASUS – Dari Gaming, Lipat, Hingga Ke Tahan Lasak
  • Nvidia RTX 3070 Ti dan RTX 3080 Ti, Kad Grafik Paling ‘Garang’ Untuk Laptop Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY