Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Colgate Plaqless Pro

Berus Gigi Terbaharu Dari Colgate Boleh Beritahu Pengguna Tahap Kebersihan Gigi Secara Masa Nyata

Diterbitkan Januari 6, 2020 oleh Meor Hasyim

Bukan sahaja syarikat elektronik yang memperlihatkan teknologi terbaharu mereka pada acara besar-besaran CES 2020. Malah syarikat kesihatan seperti Colgate juga turut hadir mempertontonkan teknologi terkini mereka.

Dengan itu, Colgate telah melancarkan berus gigi Plaqless Pro, sebatang berus gigi elektrik yang mampu memaklumkan tahap kebersihan gigi terus kepada pengguna secara masa nyata. Untuk itu, terdapat sensor kecil yang berfungsi mengesan plak di dalam mulut ketika memberus gigi.

Jika plag dikesan, pengguna dapat mengetahuinya melalui cahaya biru yang dikeluarkan. Manakala jika tiada plak, lampu hanya berwarna putih. Fungsi lain berus gigi ini adalah ia mampu memetakan kawasan yang sudah diberus ataupun belum.Berus Gigi Terbaharu Dari Colgate Boleh Beritahu Pengguna Tahap Kebersihan Gigi Secara Masa Nyata

Dengan penyambungan Bluetooth kepada peranti pintar, aplikasi yang disertakan boleh juga memberitahu maklum balas, tips memberus dan juga kesihatan gigi secara keseluruhan.

Buat masa ini, tiada maklumat dari Colgate mengenai harga dan tarikh jualan Plaqless Pro tersebut. Namun yang pasti dengan teknologi dan fungsi yang diperlihatkan, semestinya ia tidak dijual murah.

Sumber: Theslanted

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY