Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Sasar Jadi Syarikat Media Dan Hiburan, Akan Labur Lebih RM3.4 Bilion Untuk webOS

LG Sasar Jadi Syarikat Media Dan Hiburan, Akan Labur Lebih RM3.4 Bilion Untuk webOS

Diterbitkan September 21, 2023 · Dikemas kini September 21, 2023 oleh ariff bukhari

LG Electronics (LG) berkongsi hala tuju dan strategi baharunya di Sidang Kemuncak Rakan Kongsi webOS 2023, yang diadakan di LG Sciencepark di Seoul, Korea Selatan untuk menjadi syarikat platform media dan hiburan, satu transformasi perniagaan baharu mereka.

Sidang Kemuncak Rakan Kongsi webOS 2023 dihadiri oleh pengeluar kandungan, pembekal, pembangun dan tokoh industri dari lebih 30 negara.

webOS telah menjadi salah satu platform TV pintar yang paling banyak digunakan di dunia sejak dilancarkan pada TV Pintar LG pada 2014 dahulu.

LG Sasar Jadi Syarikat Media Dan Hiburan, Akan Labur Lebih RM3.4 Bilion Untuk webOS

Malah webOS juga menyokong beberapa jenama TV pihak ketiga dalam pelbagai pasaran. Kini LG merancang untuk memperluaskan webOS kepada lebih banyak syarikat TV pihak ketiga dan mengembangkan platform kepada kategori produk yang lain di mana mereka menjangkakan, dalam tempoh 3 tahun, lebih 300 juta peranti akan dikuasakan webOS.

Setakat ini, webOS telah digunakan pada pelbagai kategori termasuklah projektor, papan tanda digital dan sistem maklumat hibur dalam kenderaan.

LG berkata, mereka bersedia untuk membuat pelaburan besar sebanyak KRW 1 trilion (~RM3.4 bilion) dalam perniagaan webOSnya dalam tempoh 5 tahun akan datang untuk menyediakan lebih banyak kandungan dan perkhidmatan yang memenuhi kepelbagaian gaya hidup dan pilihan pengguna.

Syarikat itu merancang untuk memasukkan ciri antara muka pengguna suara (VUI) ke dalam aplikasi syarikat rakan kongsi, yang akan membolehkan pengguna webOS mengawal dan menavigasi perkhidmatan kandungan pihak ketiga dengan mudah dengan arahan suara, membolehkan penemuan kandungan lebih pantas dan lancar dengan memperkukuh inovasi dalam bidang carian dan pengesyoran berasaskan AI.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tiada MFi Untuk USB-C iPhone, Ini Sebabnya
  • vivo V29 5G Rasmi - Perkenal Aura Light 2.0 Pada Harga Bermula RM1,899

Sumber: LG

(Beli pelbagai produk LG terkini di stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY