8 Jenis Komputer Riba Berkuasa Diumum ASUS - Dari Gaming, Lipat, Hingga Ke Tahan Lasak

Sempena acara CES 2022 yang berlangsung baru-baru ini, ASUS telah melancarkan beberapa komputer riba terkini lengkap dengan komponen berkuasa.

Zenbook 17 Fold OLED (UX9702)


Komputer riba ini adalah yang paling menarik minat antara semua kerana ia adalah merupakan komputer riba jenis lipat.



Zenbook 17 Fold OLED mempunyai skrin besar bersaiz 17.3 inci OLED 4:3 beresolusi 2.5K yang  boleh dilipat. Ia kemudiannya akan menghasilkan 2 skrin bersaiz 3:2 12.5 inci (FHD) apabila dilipat.

Skrin yang merupakan hasil kerjasama dari BOE dan Intel ini mempunyai sokongan PANTONE, 100% DCI-P3, dan juga Dolby Vision HDR.

Ia dijana oleh cip Intel Core i7 Gen-12, grafik Iris Xe bersama-sama 2 USB-C Thunderbolt 4 yang masing-masing menyokong pengecasan pantas untuk memenuhkan bateri berkapasiti 75Wh.

Zenbook 14X OLED Space Edition (UX5401)


Zenbook 14X OLED Space Edition adalah merupakan komputer riba yang agak unik kerana ia adalah komputer riba edisi khas sempena memperingati ASUS P6300.

Untuk makluman, ASUS P6300 adalah komputer riba 25 tahun dahulu yang digunakan sempena misi 600 hari di angkasa.

Hadir dengan rekaan bertemakan angkasa, ia mempunyai kemasan istimewa warna Titanium Zero-G.



Menariknya sebagai komputer riba edisi khas, ia turut mempunyai ciri unik paparan OLED 3.5 inci pada panel penutup yang boleh diubahsuai teks dan juga animasi.

Lagi yang hebat adalah komputer riba ini dilengkapi dengan penarafan protokol ujian ketahanan US Space Systems Command Standard SMC-S-016A. Jadi ia boleh bertahan pada suhu ekstrem (-24 ke 61° C) dan gegaran (20 – 2000 Hz).

Spesifikasinya juga cukup berkuasa. Dipersiapkan Intel Core i9 Gen-12 Siri-H, Iris Xe, RAM 32GB, SSD PCIe 4.0 x4, dan Intel Wi-Fi 6E.

Manakala skrinnya pula dari 2.8K 90Hz OLED HDR dengan 100% DCI-P3.

Zenbook 14 OLED (UX3402)


Zenbook 14 OLED adalah merupakan komputer riba nipis dan ringan. Skrin pada komputer riba ini adalah tarikan utamanya.



 

Ia mempunyaipanel 2.8K 90HZ OLED NanoEdge, PANTONE, bersama-sama 100% DCI-P3.

Walaupun fizikalnya yang kecil 16.9mm nipis dan 1.39 ringan, badan aluminiumnya dilengkapi komponen berkuasa seperti Intel Core 12-Gen, RAM sehingga 16GB, SSD PCIe 4.0, serta bateri berkapasiti 75Wh.

ASUS Chromebook Flip CX5 (CX5601)


ASUS Chromebook Flip CX5 adalah merupakan komputer riba Chromebook jenis flip yang memfokuskan kepada pembelajaran, kerja, dan hiburan.



Komputer riba ini mempunyai 360 darjah engsel ErgoLift yang boleh diubah kepada mana-mana darjah secara jitu.

Skrin 16 incinya menawarkan nisbah 16:10 yang memberikan ruang kandungan  lebih imersif dari 16:9.

Untuk spesifikasi, ia dijana cip Intel Core i7, Intel Iris Xe, RAM 16GB serta Intel Wi-Fi 6E.

Menambah perisa, ia turut disertakan dengan pembesar suara Harman Kardon untuk memberikan audio yang berkualiti kepada pengguna.

ASUS ExpertBook B5 series (B5402C and B5402F)


Siri ASUS ExpertBook B5 pula adalah komputer riba ringan memfokuskan kepada ketahanan.



Terdapat 2 model yang boleh dipilih iaitu biasa dan versi Flip. Uniknya komputer riba ini, ia diperbuat dari aloi magnesium-aluminium untuk memaksimumkan keringanan pada tahap tertinggi.

Cip pula adalah dari Intel Core i7, Iris Xe, RAM sehingga 48GB dan Intel Wi-Fi 6E.

ASUS ProArt Display PA169CDV


ASUS ProArt Display  pula adalah komputer riba memfokuskan kepada pencipta kandungan. Ia mempunyai panel 15.6 inci 4K UHD IPS yang menyertakan teknologi Wacom EMR.



Dari segi rekaan, ia dilengkapi dengan 2 stand kaki untuk kegunaan versatil.

Bercerita tentang skrin, ia diiktiraf PANTONE dan Calman, menjadikan ia skrin pertama mudah alih di dunia yang mempunyai dua pengiktirafan.

Panel skrin tersebut turut dikalibrasi Delta E < 2, warna 10 bit, 100% sRGB, dan warna gamut 100% Rec.709.

ASUS TUF Gaming F15 and F17


Tiba masa untuk berjumpa dengan komputer riba gaming pula.

ASUS TUF Gaming F15 dan F17 pula menawarkan cip Intel Core i7-12700H Gen-12 dan prestasi kad grafik Nvidia GeForce RTX 3070.



Menurut ASUS, saluran udara kini 13% lebih baik melalui rekaan yang baharu.

Sebagai sebuah laptop gaming, skrinnya memang premium dengan 300Hz FHD, ataupun boleh memilih QHD pada 165Hz.

Melengkapkan pakej, F15 dan F17 dilengkapi rekaan mecha anime dan juga diiktiraf ketahanan MIL-STD-810H.

ASUS TUF Dash F15


TUF Dash masih lagi merupakan komputer riba gaming, namun ia lebih kepada rekaan ringan dan nipis.



Sebagai model tahun 2022, ia disisipkan dengan cip Intel Core i7-12650H dan pilihan kad grafik RTX 3070.

Skrin panel pula dilengkapi QHD 165Hz dengan 100% DCI-p3. Selain itu ia mempunyai Thunderbolt 4 dan USB-C dengan Power Delivery sehingga 100W.

Sumber: Siaran Akhbar ASUS

Baca juga:

Berkaitan