Bajet Ada Sekian-Sekian, Model Laptop Mana Yang Sedap?

Memandangkan musim persekolahan kini semakin tiba, ramai yang mula mencari komputer riba untuk kegunaan pembelajaran ataupun pejabat.

Jika lihat di pasaran, ada banyak betul model komputer riba, sampai putih mata nak mencari mana yang kena dengan jiwa.

Sesuailah dengan itu, pada tarikh 5-7 Januari 2022 nanti, Notebook Plaza akan mengadakan acara jualan dan promosi besar besaran sempena ulang tahun ke-11 mereka.

Jadi, jika anda masih menggaru kepala mencari komputer riba apa yang sesuai dengan bajet yang ada, meh sini kami bantu anda.


Bawah RM1,000


Jika bajet anda cukup-cukup RM1,000 untuk mencari komputer riba, ia memang ada. Tetapi perlu diingatkan, rata-rata komputer riba pada lingkungan harga sebegini agak sukar untuk mendapat komputer riba Windows, sebaliknya lebih banyak Chromebook sahaja.

Dengan Chromebook, anda akan menggunakan sistem operasi ChromeOS yang mana boleh diibaratkan seperti menggunakan Google Chrome. Jika kena dengan cara kerja Chrome seperti Google Docs, blogging, YouTube, sosial media, Chromebook pun sudah memadai sebenarnya.

Antara model yang boleh dipilih adalah HP Chrome x360 11 G3 43N32PA. Ia menawarkan prestasi Intel®️ Celeron®️ N4020, yang mana untuk ChromeOS memang tidak jadi masalah. Harga sebenar rasminya adalah RM1,099, namun anda boleh mendapatkannya pada harga RM799 sempena promosi.



Spesifikasi

  • Model: HP Chromebook x360 11 G3 43N32PA

  • Spesifikasi: Intel®️ Celeron®️ N4020, RAM 4GB, Storan 32GB,  Chrome OS , Skrin 11.6'' Touch 2-in-1

  • Harga rasmi: RM1,099.00

  • Harga promosi: RM799.00


Bawah RM2,000


Untuk bawah RM2,000, pilihan lebih meluas. Di sini, anda boleh mula mendapatkan model komputer riba Windows lebih senang. Namun, untuk harga sebegini, perkakas dan komponen komputer riba lebih kepada kelas bawahan.

Jika kerja banyak memfokuskan kepada kerja-kerja asas Windows seperti Microsoft Office, model yang boleh dipilih adalah HP 15s-eq1017AU. Ia menawarkan prestasi cip AMD Athlon™️ Silver 3050U dengan RAM 4GB bersama-sama 256GB storan. Harga rasminya adalah RM1,699, tetapi untuk promosi ia hanya RM1,599 sahaja.

Satu lagi pilihan adalah Probook 245 G8 450D2PA. Prestasinya sedikit lebih baik dengan Ryzen 3300U. Namun, ia sedikit lebih mahal pada harga promosi RM1,799. Takpe, alah membeli menang memakai. Yang bestnya anda akan dapat percuma anti virus Kaspersky untuk 3 orang guna.



Spesifikasi

  • Model: HP 15s-eq1017AU

  • Spesifikasi: AMD Athlon™️ Silver 3050U, RAM 4GB, 256GB SSD, ATI, Windows 11 Home, Skrin 15.6''

  • Harga rasmi: RM1,699.00

  • Harga promosi: RM1,599.00




Spesifikasi

  • Model: HP Probook 245 G8 450D2PA

  • Spesifikasi: AMD Ryzen™️ 3 3300U, RAM 4GB, 256GB SSD, ATI, Windows 10 Home, Skrin 14''

  • Harga rasmi: RM2,099.00

  • Harga promosi: RM1,799.00

  • Percuma: Kaspersky anti virus (Untuk 3 pengguna)


Bawah RM2,500


Dengan bajet RM2,500, bukan sahaja cip lebih pantas, RAM dan storan juga makin besar. Sehubungan dengan itu, kerja Windows yang sedikit lebih berat lebih puas jika membeli komputer riba dengan harga ini. Contohnya nak buka aplikasi banyak-banyak ataupun mahu simpan fail/media dalam jumlah yang besar.

Anda boleh memilih HP 15s-Du1510TU yang didatangkan dengan Intel®️ Core™️ I3-10110U bersama RAM 8GB dan storan 512GB SSD. Harganya promosinya adalah RM2,059.



Spesifikasi

  • Model: HP 15s-Du1510TU

  • Spesifikasi: Intel®️ Core™️ i3-10110U, RAM 8GB, 512GB SSD, Windows 11, Home & Student 2019, Skrin 15.6"

  • Harga rasmi: RM2,599.00

  • Harga promosi: RM2,059.00


Bawah RM3,000


Dengan bajet RM3,000 pula, anda boleh mendapatkan komputer riba dengan cip yang lebih berkuasa. Kebiasaannya harga RM3,000 ini banyak yang memfokuskan kepada ultrabook, iaitu komputer riba nipis dan ringan.

Untuk itu, anda boleh memilih HP Pavilion Aero 13-be0048AU. Cipnya adalah AMD Ryzen™️ 5600U dengan 8GB RAM dan 512GB storan SSD. Ia juga mempunyai saiz skrin comel 13.3 inci. Jika anda mahukan ultrabook kecil, ini mungkin pilihan sesuai. Harga promosinya ialah RM2,999. Menariknya jika membeli, anda akan mendapat kredit RM80 yang boleh digunakan untuk Touch n Go, Grab, atau Steam.



Spesifikasi

  • Model: HP Pavilion Aero 13-be0048AU

  • Spesifikasi: AMD Ryzen™️ 5600U, RAM8GB, 512GB SSD, ATI, Windows 11 Home, Home & Student 2019, Skrin 13.3 WUXGA

  • Harga rasmi: RM3,199.00

  • Harga promosi: RM2,999.00

  • Percuma: RM80 kredit (Touch n Go / Grab / STEAM)


Komputer Riba Premium


Bajet RM4,000 dan keatas kebiasaannya memfokuskan kepada komputer riba berprestasi tinggi. Ia lazimnya mempunyai kad grafik yang berkuasa dan bertujuan digunakan untuk kerja-kerja berat seperti mereka grafik, menyunting video, aplikasi 3D dan paling utama untuk bermain permainan.

Antara model yang boleh dipilih adalah dari OMEN 15-en1006AX. Cipnya datang dari rumah Merah iaitu Ryzen 9 5900HX yang mana kelas premium dari AMD. Skrinnya didatangkan dengan kadar segar semula 165Hz QHD, yang mana sangat sesuai untuk golongan gamer.



Spesifikasi

  • Model: HP OMEN 15-en1006AX

  • Spesifikasi: AMD Ryzen™️ 9 5900HX, RAM 16GB, 1TB SSD, RTX 3070 8GB, Windows 10 Home, Skrin 15.6'' QHD 165Hz

  • Harga rasmi: RM7,799.00

  • Harga promosi: RM6,899.00

  • Percuma: RM80 kredit (Touch n Go / Grab / STEAM)


Jika berminat untuk membeli komputer riba HP pada harga promosi ini, boleh pergi ke kedai rasmi HP di Lazada di SINI.

Bukan itu sahaja, ada banyak lagi model komputer riba yang boleh dipilih jika anda menyertai 11TH YEAR ANNIVERSARY IT FAIR bertarikh 5-7 Januari 2022 nanti.

Setiap RM300 yang dibelanja, anda juga berpeluang untuk memenangi sehingga 100 hadiah menarik. Anda juga dapat penghantaran percuma, baucar sehingga RM200, serta yang paling menarik, diskaun barangan dibeli sehingga 60%.



Untuk maklumat lanjut mengenai acara 11TH YEAR ANNIVERSARY IT FAIR itu, boleh layari laman rasmi Notebook Plaza di SINI.

*Artikel ini dibawakan oleh SNS Network / NB Plaza