Selepas pegumuman RTX 3050 dan RTX 3090 Ti, Nvidia juga megumumkan RTX 3070 Ti dan RTX 3080 Ti untuk laptop pula. Laptop yang menggunkan GPU ini akan dikeluarkan pada bulan Febuari ini oleh OEM yang berkerjasama dengan Nvidia seperti Razer, Alienware, Asus dan banyak lagi.
RTX 3080 Ti Kad Grafik Laptop yang paling berkuasa
Walaupun pengumuman GPU ini agak pantas dan tiada butiran infomasi yang banyak mengenai kedua-dua GPU baru ini, tapi yang pastinya Nvidia mengatakan bahawa Nvidia RTX 3080 Ti mampu memainkan game dalam resolusi 1440p atau Quad HD dengan kadar lebih dari 120FPS.
Selain itu RTX 3080 Ti ini jauh lebih pantas dari RTX Titan versi desktop dan datang dengan 16GB GDDR6 VRAM. Untuk selebihnya kita kena tengok sendiri apabila laptop yang menggunakan GPU dilancarkan pada bulan febuari ini dengan tanda harga $2,499 atau sekitar ~RM10,473 .
RTX 3070 Ti lebih pantas dari RTX 2070 Super
Untuk RTX 3070 Ti pula, ia jauh lebih pantas berbanding RTX 2070 Super yang dikeluarkan sebelum ini. Menurut Nvidia, RTX 3070 Ti 1.7X ganda lebih pantas dari RTX 2070 Super. Selain itu, laptop yang menggunakan GPU ini mampu memainkan game dengan resolusi 1440p dengan lebih 100fps. Untuk harga ia dijual dengan tanda harga $1,499 atau RM6282.
Sumber : Nvidia