Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DreameBot L20 Ultra 4 1

DreameBot L20 Ultra, Robot Vakum Pintar Berharga RM4,499

Diterbitkan Ogos 29, 2023 oleh ariff bukhari

Dreame Malaysia telah melancarkan robot vakum terbaru mereka, DreameBot L20 Ultra.

Ia merupakan robot vakum pertama di dunia dilengkapi dengan teknologi Mop Extend dan &  daya sedutan berkuasa setinggi 7000 Pa, sekaligus membolehkannya “mencapai” ke setiap sudut.

DreameBot L20 Ultra 5

DreameBot L20 Ultra adalah robot vakum automatik sepenuhnya. Ia dilengkapi ciri-ciri moden dan premium seperti tong pengosongan automatik, pembersihan dan navigasi yang disesuaikan dengan teknologi AI dan ciri arahan suara.

 

Malah ia juga merupakan robot vakum pertama di Malaysia yang disertakan dengan Kit Air Pintar di mana ia dilengkapi tangki air khusus dan sistem pam air yang mengisi semula air bersih secara automatik dan mengalirkan air kotor semasa proses mop dilaksanakan.

DreameBot L20 Ultra 6

DreameBot L20 Ultra kini boleh didapati di semua Stor Rasmi Dreame di seluruh Malaysia. Sempena pelancarannya juga, Dreame Malaysia menawarkan harga pelancaran untuk robot vakum terbaru mereka ini hanya pada harga RM4,499 dan RM5,499 dengan Kit Air Pintar.

Tetapi untuk pembelian DreameBot L20 Ultra pada harga asalnya iaitu RM4,999 dan RM5,999 dengan Kit Air Pintar, anda akan mendapat Pengering Rambut Gleam secara PERCUMA yang didatangkan dalam 2 warna berasingan untuk dipilih iaitu Kelabu & Merah Jambu.

Tawaran ini sah sehingga 9 September 2023.

Berkaitan

  • Anda Kini Boleh Tempah EV Edaran Proton Ini Dari Aplikasi Telefon Pintar
  • Pakej 5G Rahmah: Yes Tawar RM35 Untuk 100GB, RM58 Untuk Data Tanpa Had
  • Nothing OS 2.0 Kini Tersedia Untuk Phone (1)

Sumber: Siaran media Dreame

(Dapatkan pelbagai produk Dreame dari stor rasmi mereka di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY