LG Dengan Kerjasama TBM Buka Cawangan Kedai Jenama Pertama Di Shah Alam

LG Electronics Malaysia menguatkan lagi pengaruhnya di sekitar Selangor dengan membuka kedai jenama pertama mereka di Central i-City, Shah Alam.

Merupakan kedai kelima mereka di negeri Selangor, ia akan menempatkan rangkaian Home Appliances berserta produk-produk Home Entertainment seperti OLED TV, NanoCell TV, peti ais InstaView Door-in-Door, mesin basuh TWINWash dan bermacam lagi.

Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Kim Kyutae yang merasmikan majlis perasmian tersebut berkata, "Pembukaan kedai jenama ini adalah dengan matlamat untuk menyediakan pelanggan akses yang lebih baik kepada produk inovatif LG."



Rakan kongsi LG, Tan Boon Ming Sdn Bhd (TBM)  melalui penguru besarnya, Tan Wai Keat berkata, "Pelanggan kini boleh menikmati hiburan menerusi peralatan rumah yang inovatif. Bersama-sama dengan LG, kami berusaha untuk terus menawarkan produk bermutu premium yang lebih baik agar dapat melengkapi rumah pelanggan."

Sebagai sebahagian daripada sambutan pembukaan kedai ini, beberapa promosi menarik, rebat dan hadiah percuma akan tersedia buat pelanggan yang mengunjungi kedai tersebut dari 22 hingga 24 November 2019.