Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme gt neo 2t

Lepas realme GT Neo 2, realme GT Neo 2T Pula Akan Diperkenalkan

Diterbitkan Oktober 12, 2021 oleh Amsyar Latif

September lalu, realme GT Neo 2 dilancarkan secara rasmi. Kini, mereka menjadualkan pengenalan realme GT Neo 2T pula pada 19 Oktober ini.

Dikatakan, realme GT Neo 2T datang dengan rekaan hasil kolaborasi bersama jenama pakaian Li-Ning. Bagaimanapun, masih belum diketahui apakah fokus utama peranti tersebut.

Ini kerana berdasarkan kotak yang diperlihatkan, ia seperti berpestasi tinggi. Akan tetapi menerusi poster baharu yang dikongsikan, telefon yang tampil dengan kemasan putih itu tidak menggambarkan untukĀ gaming atau sebagainya.

realme gt neo 2t putih

Walau apa pun, desas-desus mengkhabarkan mungkin realme GT Neo 2T ini akan hadir dengan cip pemproses MediaTek Dimensity 1200 berbanding Snapdragon 870 yang terdapat dalam realme GT Neo 2.

Mengimbas kembali realme GT Neo 2, ia didatangkan cip Snapdragon 870, skrin 6.62 inci E4 AMOLED 120Hz bersama tiga tetapan kamera – 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro.

Sumber: myfixguide, realme weibo

Baca juga:

  • Telefon realme Akan Mula Naik Taraf Kepada Android 12 Pada Minggu Hadapan

  • realme Malaysia Lancar Vakum, Pembersih Udara Dan Pengering Rambut

  • realme Pad Diperkenal, Hadir Dengan Harga Bermula ~RM789

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY