Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
facebook instagram

Ini Harga Langganan Instagram Di App Store

Diterbitkan November 10, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Terdahulu, kami telah melaporkan TikTok sedang mencuba fungsi pengguna memberi sumbangan pada pencipta kandungan yang digemari mereka. Melihat kejayaan Patreon dan OnlyFans sebagai platform pencipta kandungan memperoleh pendapatan melalui langganan, platform seperti Instagram dan TikTok turut tidak mahu ketinggalan.

Terkini, Instagram dilihat diam-diam memperkenalkan pembelian dan langganan bulanan serendah RM3.90 untuk Badge dan RM4.90 untuk langganan bulanan. Pengguna iOS boleh ke halaman Instagram di App Store dan semak di ruang “In-App Purchases” untuk senarai harga langganan.

instagram subscription

Badge ialah ciri yang membenarkan pengguna menggunakannya sebagai tanda sokongan pada pencipta kandungan. Apabila pengguna membeli Badge, ikon hati akan muncul bersebelahan nama pengguna semasa memberi komen dalam sesi secara langsung (live). Selain itu, komen dan soalan pengguna Badge juga akan diutamakan atau highlight dan boleh dipin pencipta.

Walau bagaimanapun, untuk Instagram Subscription masih tiada maklumat lanjut dikeluarkan mengenainya. Namun, mungkin ia berkaitan dengan kandungan eksklusif pencipta kandungan yang mana hanya pengguna berbayar mampu mengaksesnya.

Baca juga:

  • Pengguna TikTok Mendedahkan Kata Laluan Yang Disimpan Di Aplikasi Pelayar Amat Mudah Digodam
  • Ini Antara Barang Elektronik Yang Ada Diskaun Sempena Shopee 11.11
  • Apple Kena Kurangkan Penghasilan iPhone 13 Sebanyak 10 Juta Unit

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY